3

Tahun Baru 2010 :)

What can I say here is, Selamat Tahun Baru and Happy New Year bebehh :)

Huruf huruf roman, kanji, hiragana, jawi, apa apa semua yang korang tahu tu tak dapek na gambarkan apa aku rasa bila tiba tahun baru ni :)
Cuma apa yang perlu kau kau kau kau dan kau tahu ialah, pabila tiba tahun baru, semua semangat na buat azam baru.
Padahal azam tahun lalu tidak dilaksanakan lagii.
Korang tak rasa macam tamak ke?
hahah :)

Okaylahh.
tahun 2010 ni aku tak de azam.
Tahun ni aku ta sesemangat tahun lepas sampai aku rajin bebenor nak buat list bagai hah.
Tapi satu apa pon tak terlaksana
Tiba-tiba rasa macam kesian plak kat jantung aku ni do penat2 dia pumping darah dengan laju kerana semangat aku untuk laksana kan azam baru, tiba2, usaha dia tu dipandang sepi oleh aku.
hahah :)
Maaf lah wahai jantung.
Tahun ni kau tak perlu pumping laju sangat okay?
Tak perlu semangat sangat
Kau just chill okay?
yang penting, kau kena ingat ALLAH okay?
okay.. good jantung. haha :)

Happy new year sayang sayang semua :)
Semoga segalanya berjalan dengan lancar.
Siapa-siapa yang couple bagai nak rak tu rancang nak kahwin tahun 2010,
siapa-siapa yang dah kahwin tuh rancang2 nak tambah anak lagi ke kan pada tahun 2010,
siapa-siapa yang amek exam penting and azam na belajar betul2 tahun 2010,
Siapa-siapa yang berazam na teruskan azam yang lama tu pada tahun 2010,
Harap-harap, hendak-hendak, moga-moga segalanya terlaksana!
Okayy?
Jangan ngengada gegedik nak semangat jiwang buat semua tu alih alih satu ape pun ta jadi okay?

Aku sentiasa doakan yang terbaik untuk korang lah sayangg :)
tak kira apa yang menanti kita dihadapan tu, terimalah seadanya dan dengan redha!
Okayy!
Once again, (aku dah penat ni!) Happy New Year and Selamat Tahun Baru baru baru baru :)
Buhbyebuhbye :)
tata!
Take care! =)))

p/s ; aku tetap fikir aku ni lemah semangat. haha :D


Eh, last but not least,

Your dream will come true when you least expect it ,sayangs :)
4

Reunion 2009 :)

Hello babeh semua. hari ni aku suda buang tebiat bangun awal awal pagi pada ketika 7 30 minit pagi. perghh, memang seksa rasanya pabila hidung penuh dek hingus yang tutup lubang pernafasan aku yang selalu sedut oxygen tu!
haish, so, dengan kuasa ALLAH, aku tetiba je bangun awal hari ni and bangun2 je fikir
"mama kata kalau bangun awal tolong lah kemas rumah. sapu sampah ke masak air ke basuh baju ke?!"
tibaa-tiba hati aku pon jawab balik dengan pantas kilat sabung menyabung(tipu sekalilagi)
"air dah masak.sapu sampah? mcam bersih je rumah ni.Basuh baju? kang rosak washing machine tu aku kerjakan!"
so, disebabkan aku puas hati dengan jawapan aku, aku berangkat ke dapur lalu angkut kuali ke dapur kemudian goreng sosej 2 ketul dan sebiji telur lalu aku buat scramble egg.
Yeah, aku punya breakfast mcam mat saleh! kan? *ingat encik jejaka anggun je boleh makan mcam mat saleh? kesian dia. tiada kena mengena!*
Walaupun detik itu baru pukul 7.30 - 8.00 pagi. aku tak sure. haha :)
So, sedang aku enak membuai asmara goreng sosej, tiba-tiba dada aku berdebar!
Macam nak meletup rasanya
tapi aku kuat kan semangat!
sebab apa?
sebab mama sergah aku ntah dari mana!
HAHAHA!
How could you mama? Adik terperanjat tahu? Auwww :)
So, mama suruh gorengkan sekali untuk ayah kerana ayah na breakfast juga lah :)

Then, after segala hal masak-masak chef wan tu, aku follow mama ke klinik kat Taman Keramat.
Jumpa Doktor Asmah :)
kemudian, balik rumah dan kemas rumah.
OPERASI bak kata mama :)

Kemudian, aku lepak2 sebentar dan bersiap sedia untuk ke satu majlis!
Majlis Pertemuan Semula SKTP batch 2006 Darjah 6!
Woahh!
Gila gempaq lah bebeh!
BBQ tu!
Perghh!
Kau dengar hebat,kan, sayang kekasih?!
Tapi sape yang bakar segala makanan yang perut korang hadam tu?
Aku jugakk! :DD
Errr, actually, ada lagi laaa.
nak jaga hati. aku sebut jugaa!
Maisarah, Khairul, Ira, Mimi, Diana, Zakwan ,Afiq and Siti.
*err, babes, aku rasa ada lagi. tapi aku tak sure. cuz aku tengok korang dok kerumun je benda pembakar tu!*
haha :)
So, penat gila kott.
Tangan aku tiba-tiba ada MUSCLE jantan kan weh?
bak kata zakwan bebeh tu.
HAHA :)
Tiba-tiba time sedang enak makan-makan sakan, datang seorang lelaki yang berketurunan Bangla!
Dia datangm minta makanan sikit :)
Maklumlahh kitaorang dh mcam buat open house dah! haha :)
Afiq Ridhuan baikk punya jadi kamus Dwibahasa kitaorang! hahah ! :)
Lepas sesi masak2 chef Ismail tu, makan-makan, kitaorang apa lagi, penuhkan memory camera lah kan?
Tangkap gmbar sakan macam Fiona and Shrek dilamun cinta.
AHAHA :)

So, biarlah gambar di bawah menjadi pencerita tok kaduk aku.
Okay?




Kembar terBAIK! haha! Ada kisah disebaliknyaa :)



Konon2 dia hebat la kan? piiraaaahh! :D


Mereka bergedik seperti "ohh, why you so obsess with me? BOY, i want to know!"


makan banyak2 !;)



yeah. 4 lelaki 3 perempuan. pepandai la korang bahagi2 kan! haha :D


Girls ! :) *aku ta na menyemak dlm ni!*


Boys ! :)

So, dia dah habis bercerita dah!
Korang tak bosan lagi ke?
Haha :0
so, tamat lah cerita aku pada hari ini.
harpa korang enjoy lah ye baca post aku kali ni.
Harap2 tiada yang terluka or terhiris !
Ecececehh :)

Dengan ini, saya mengumumkan, saya undur diri dulu.
Agak2 otak aku banyak idea na celoteh di sini, aku karang la lagi 'cerpen' seperti ini lagi ye? haha :))
Tata!
Assalamualaikum ! :)



p/s ; lain kali kita buat dekat Theme Park eh? Suh mak ayah jadi sponsor! haha :)

3

Present ! :)

hey everybody!


First of all, aku nak wish thank you so much lah pada siapa yang baca blog aku and baca post terkini and said "congratulations!" :)
terima kasih banyak banyak eh? hehe :)
Walaupun aku tak dapat straight seperti kawan-kawan aku yang lain, tapi aku tetap bersyukur!
heee :D
Dah itu rezeki aku, aku terima seadanya ! :)



So, disebabkan aku dapat result yang tak memalukan sangat ni, AYAH hadiahkan aku laptop baru!
weeee!
Akhirnya aku ada laptop sendiri.
Maklumlah weh, selama ni aku menumpang kasih, menabur bakti pada laptop ayah and laptop kak long tu kan untuk terus kecoh2 kat blog nih!
HAHAHA :)


Alhamdulillah!
Tahun ni, semua yang aku harapkan, aku ingin kan, aku DAPAT!
rezeki wehh!
memang aku tak tahu macam mana nak caka[ weh betapa bersyukur nya aku! heee :)



Beli kat low yat jakk!
korang jangan risau.
Windows original.
aku dah check awal-awal okay? haha :D
laptop biasa-biasa jak.
Compaq Presario CQ40 jakk.
Tak sehebat korang punya.
Jadilah untuk aku menggedik kat sini.
Hahha :)



*Hadiah daripada ayah! Thanks papa! haha :)

So, kepada ayah and mama, terima kasih banyak banyak banyak punyalah banyak kerana walaupun adik tak dapat 8A, mama and ayah tetap beri adik hadiah ni!
adik terharu tauuu..
rasa macam nak makan cozy corner je mama and ayah belanja.
HAHAHAH! :)
Thank you!
Terima kasih!
Arigatou gozaimasu!
hehe :)



Sayang sangat sangat sama mama and ayah!
Jangan marah marah adik selalu tau? haha :)



Oh, selain itu, aku beli MP3.
Bukan original maaa.
Bli mahal mahal wat pa?
lagu aku dengar sama jugakk
hahaha :)



Okaylah!
saja je nak kasi korang jealous sebab aku dapat laptop baru!
walau tak sehebat korang punya!
hahahaha :)




Okay okay!
relax okay?
aku tahu.
telinga korang dah merah
chill.
gi minum ais kacang! haha :)



TATA ! :)Assalamualaikum! :)



p/s ; Lepas ni nak try mintak kahwin laa. agak2 mama kasi tak ? =p


2

PMR's Result :)

Alhamdulillah,







Walaupun tak dapat 8A, aku tetap bersyukur sebab ini rezeki yang ALLAH bagi kat aku.
Heeee :)

Alhamdulillah :)


6A 2B, itulah usaha aku!




p/s ; Takpe takpe. Lagi 2A tu, aku buat saving untuk SPM lahh!
Tak elok tamak-tamak :D


0

AVATAR is Awesome !

heyhey membermember semuaa!
Hari ni kena gegar awal pagi sebab teman mama and kak Long bayar segala bill bill rumah bagai hah
Gi Breakfast kat old town dlu bfore gerak jalan2 buang minyak kereta!
bayar bill semua mengambail masa berjam-jam!
haishh!
Petang tu pulak, lepak KLCC.
Tengok filem box office yang korang dok pujapuja tuh laa!
AVATAR! hwa hwa hwa! :D







Apa yang boleh aku cakap, cerita ni SUPER DUPER SUERB BEST gilaaa!
Serious ah wehh
rasa macam tak keluar panggung je weh!
serious wa cakap sama luu!
Pergilah tengok!
Tak rugi
Daripada korang gi tengok cita 18sx yang sebok di perhebah2 konon2 hebat tu, baik ushar filem ni!
Ecehh
Aku nak tengok lagi laa!
adehhh
kena beli dvd nih!
hello cik adikk,
I beli original la nanti.
tak main lah beli cetak punyaa
auwww :)

Okaylah,
saja nak promote citer mat saleh nih!
hahah :)
tata! :)



p/s ; aku na pergi tengok lagi! sapa nak ikut? nak ikut kena belanja aku! ada bran? :D




Vacation to Singapore!

hello korang korang! ni nak update blog. Diana dok sebok bising2 kata aku tak update blog! nahh! bacalah kau post aku kali ni. jangan juling sudah! haha :)

Guys, cuti sekolah ni, aku and family and family mak ngah cadangnya nak ke Singapore untuk melawat saudara yang sudah lama tidak berjumpa.
tuptup, dgr cerita dia takda lak kat Singapore. Dia datang malaysia. Adehh
Takkan lah mak aku nak sia-siakan pasport yang kita orang dah buat kan? So, pergi jugak lah Singapore!
Tapi niat yang lain! Jalan-jalan lah kan? holiday villa in lah kitaorang ! :D
So, hari pertama iaitu hari Jumaat bertolak dari KL to JB and after sampai JB, pergi rumah nenek Busu then makan-makan rumah dia lepas kenyang makan-makan, kitaorang check in lah plak kat hotel. then, petang tu baru masuk Singapore.


otw gi Tambak Johor. ini menghala ke Woodlands :)


Bapak lah wehhh! Jammed toksa cakap lahh kan? Tambak Johor tu aku rasa kalau ada orang menjaja-jaja makanan memang laku lah kan? haha :)


Inilah check point Woodland yang dibangga-banggakan itu! haha :D




Meh aku nak cerita pengalaman aku dengan korang tentang Imigresen Singapore ni.

Bapak strict weh. haha :D
Muka aku and kakak aku yang adik beradik ni pon dia macam taknak lepaskan.
weh apek cina songlap, kitaorang adik beradik lah gilaa! Memang lah muka sama!
yang kau pelik apasal? Siap mintak IC lah, tak percaya lah ape lahh! Haishh! Kerek betul kau :D


Then, sampai bahagian Kastam, perghh!
Abe tu muka je kacak gila babi lah kan tapi perangai memang huduh gila gaban.
Senyum pon tak nak!
Apa kau sudah bangga jadi Singaporean kah abe ? grrrr

Dekat Singapore tu kitaorang stay dekat area Bukit Panjang!
Dekat area rumah Aliff Aziz :) Tapi Syiqa segan mahu contact2 Umi. HAHA :D
Then, malam tu kitaorang gi Orchard Road.
Tempat Shopping terhebat dorang!
alaa, kalau kat KL ni, macam tempat muda mudi suka buang masa tu, alaa apa namanya tu? Pavilion? Bukit Bintang? haha :D
Makhluk2 kat sana tu, ramainya toksah cakap lah wehh!
Ramai gila gila gilaaa! haha :)
Berpeluh jugak lahh makkk jalan kat situ! haha :)
Then balik rumah naik MRT. mengambil masa selama 45minit. haha :)
patah kaki makk weh berdiri lama-lama dalam tren sesakk!
waa cakap sama lu, kalah kesesakan LRT kat KLCC time peak hour tu wehh! haha :)
sampai sampai rumah pukul 1 pagi. gila kan weh? haha




Esok nya, kitaorang gi Pulau Sentosa !


Yoshhh! Best! Tapi macam nak hujan dah time tu! haha :)
Tapi nak jalan punya pasal, gerak jugak lah wehhh! haha :)
Activity terbaik kitaorang pastilah tangkap gambar kan? haha
takde benda lain lagi dahh!
hahaa :D




Train di Pulau Sentosa :)


Budak kecik mintak kiss barney! haha :D


Mereka bergedik di situu =p

then, lepas jalan-jalan kat Pulau Sentosa, gi makan kat Arab Street!
Nama kedai Restaurant Zam Zam.
makan nasi beriyani ! haha :) berkurun kami tunggu turn!
ramai orang toksah cakap lah kan! haha :)
Then kitaorang gi shopping2 buang duit haha :)
Beli souvenir and semua semua lah kan? haha :)


Holaaa. berhabis duit ye mama,ayah? haha :D


Cuba anda convert kan harganya dalam RM :) kat TS aku leh dapat RM15 je :)

Lepas beli beli souvenir kat Arab Street, gi balik Orchard Road nak cari Hard Rock Cafe :)


kak yah nak beli souvenir ! :)
then, terus bertolak keluar daripada Singapore!
Lagi sekali menghadapi jammed yang gila gaban dahsyat nya..
HAHA :)

Sampai kat JB dah tengahtengah malam buta!
Gi makan-makan dulu before balik hotel. haha :)
Esoknya semua bangun lambat! haha :)
bantai tidur lah weh sejuk sejuk tu! Haha :)
Then lepas breakfast keluar hotel and pergi rumah nenek Busu.


kau jangan main main! Kitaorang Power Rangers wehh! haha :D



Lepak2 sebentar, pukul 4 bertolak balik KL :)
Tapi singgah kat ayer hitam kejap!
Yawww!
aku beli teddy bear BESAR PUNYA wehh! haha :)
murah je! RM 50! haha :)



then dah shopping2 kejap then balik lah KL :)
Sampai KL pukul 11 malam.
then mandi2 then bantai tidur ! haha :)


yea! cerita aku bosan nee!
haha :)
aku tahu. macam tak menarikk! tapi aku enjoy berada di Singapore.
haha :)
walaupun ada segelintir rakyatnya yang sombong tahap kaki amoi tak mandi sebulan kan? haha :)
cuma aku curious laaa!
Negara dorang cantik!
Flat dorang memang cantik lah aku cakap wehh!
Setiap 5 tahun dorang cat balik kan?
memang best! sedap mata memandang!
jalan raya dorang bersih, cantik :)
bersih!
Tapi satu lah agak spoil.
Mereka PENGOTOR!!
mana tak pengotor nya?
Public Toilet dorang hanya provide kan jamban, tisu segulung and kepala paip tapi tiada paip!
haishh!
cara untuk 'membersihkan bahagian2 rahsia' korang, hanya basahkan tisu and korang lap lah berapa banyak kali korang nak!
lagi lagi kalau korang poo kan?
mahu habis segulung tisu tu korang habiskan!
aku sure wehh! hahah :D
And lagi satu lah kan, kalau korang berniat nak shopping kat sana kan, niat tu batalkan jelahh!
tak berbaloi wa cakap sama luu ! haha :)
mahal lah apekk. haha :)
aku prefer shopping kat Jalan Tunku Abdul Rahman tu kalau setakat nak beli kain buat baju kurung untuk raya tahun depan! haha :D

okaylah bebehhh!
catatan aku berakhir di sini!
tak tahu nak cakap ape lagi dahhh
tak terluah dengan kata-kata dah hah!
karang korang baca banyak banyak lagi lah bosan kan? haha :D

Okaylahh! buhbye!

Semoga cuti korang menjadi bermakna lah yea?


And kepada semua budak budak EX-PMR's CANDIDATES Batch 2009, Good Luck ambil result this Thursday which is hari Khamis ni!
Kita semua dah buat yang terbaik! And moga-moga keputusan juga yang terbaikk! :)
Amin :)
InsyaALLAH :)

Okaylah, kalau aku pergi bercuti lagi, aku membebel lagi,okay? HAHA :D
Assalamualaikum! :)



p/s ; aku mengidam chewing gum semasa di Singapore. isk ;'(
2

One day you will seek love & be SORRY that you threw someone's love away.

Often times, we get ourselves hurt and we would think that it is our loss. But really, reading this, it has changed the whole meaning and situation of things. It's something to ponder upon.


Here goes:


Once, there was this girl, who was in love with a guy.

He wasn't the most handsome and gorgeous, but for her, he was everything.

She used to dream about him, about spending the rest of her life with him. Her friends told her ;

"Why do you dream so much about him, when you don't even know if he loves you or not? First tell him your feelings, and get to know if he likes you".


She felt that was the right way. The guy knew from the beginning that this girl loved him. One day when she made the first move, he rejected her.

Her friends thought she would start doing bad and stupid things, and ruin her life.

To their surprise, she was not depressed. When they asked her how was it that she was not sad, she replied ;

"Why should I feel bad? I lost one who never loved me, but he lost the one who really loved and cared for him."


So, who is really at loss? I hope everyone learns something from it.
Keep the faith and be strong.
There is enough love in this world, if people will just look. =))

People that are meant to be together will always find their way in the end.


Ouchhh. Sangat menyedarkan dan sangat menyentuh perasaan!
Now i know what should I do bebeh! :)
Thanks everyone! :)



Credit goes to ; kak Ainaa Kamal :)

baru perasan :D

hello buddies!
Wah, aku baru perasan lahh.
Sejak belakangan ni, aku tulis blog macam karyawan negara.
haha :D
Ayat mahu kasi drastik dan tragis je kan?
macam tagih simpati orang-orang berjiwa lembut macam korang ann? haha :D
Tapi takpelaaa.
itu diri aku lah bebeh.
tak boleh terima?
Tidak mengapaa.
kau baca je lah sampai meluatt.
har har har :)


Yih, tahu takk?
Anime anime aku semua suda habis dilayan sampai lebam muntut duduk depan tv sambil dongak kepala.
Aku nak beli cerita baruu.
alaa dekat kedai jual separuh harga murah nak matimatimati tu
dah la anak amoi tu kacak belaka.
baik pon satu hal
haish.
so, kesimpulan aku, aku akan menjadi regular customer kedai tu.
wahaha :D
anak dia kacak lah bebeh.. :D

mahu tahu sesuatu lagi takk?
semalam aku buat kerja gilaaa.
haha :)
aku cuak mahu tegur abe abe & mek mek yang kacak + cantik belaka di myspace tu tau.
tiba-tiba aku buat kerja berani matiii gi tegur merekaa.
ahahah
aku tidak sangka ada segelintir mereka baik gilaa!
ada segelintir pula macam mintak kaki aku aku pakej sekali dengan kaki mak aku tu. haishh.
tapi an, ade plak sorang jejaka yang ber-no-name ni bukan main lagi bagi kata-kata maniss.
ahhh, abang, saya tidaklah maksudkan apa-apa. yang abang tacing lebih apahal? adehh.
abang ni pelik laa. haha :D
So, kesimpulan sekali lagi, ahhh.
aku tak berani nak tegur korang dahhh
korang macam monster ohh.
senyuman korang menawan hati dan jantung limpa hati aku.
tpi sikap korang? ayoooo.
ragut kegembiraan aku. ahhh
sedih kan crita aku?
mengarut? ada sikit.
ahaha.

okaylahhh! malas mahu lebihlebih,
kang bertambah lagi dosa aku kutuk2 mereka. haha :))
tata baby boo. baby bee. baby bii. baby baa. baby buu. aha :)


p/s ; ayat malam ni agak "kecohh ahhh" disebabkan terpengaruh dengan blog sorang mamat ni. haha :) afiq, oh afiq oi. haha :DD

8

Perlukah aku menjadi gay?



Perlukah aku ; gadis biasa, yang berasal daripada kaum HAWA, menjadi seorang GAY untuk mendapatkan kasih sayang seorang lelaki yang GAY juga?



Entah laaa. Hidup di dunia ini semakin pelik dan sukar untuk dirungkai apa yang ada di dalam sebuah kehidupan.

Aku tak tahu kenapa apabila aku berjalan kemana-mana, aku sering ternampak insan-insan yang berpasangan. Namun pasangan mereka merupakan kaum sejenis mereka juga.

Adakah mereka sudah lupa bahawa wanita bersama dengan wanita adalah haram?
Adakah mereka sudah lupa bahawa lelaki bersama dengan lelaki adalah haram?

Kalau dahulu aku pernah terdengar : "homosexual ni sebenarnya penyakit."
Kenapa sampai sekarang, aku belum pernah mendengar tentang cendekiawan-cendekiawan dan scientist-scientist diluar sana berusaha untuk mencari ubat bagi penyakit ganjil ini?
Atau mereka sebenarnya tidak kisah tentang perkara ini?
Atau mereka tidak mahu bumi ini dipenuhi dengan anak cucu serta cicit mereka?
Atau mereka tidak mahu bumi ini dihiasi dengan gelak tawa kanak-kanak serta bayi yang lahir dari rahim wanita yang pada asalnya wujud atas usaha keras lelaki & wanita??
Ahhhh..

Aku tak faham..
Aku pelikk..
Aku keliru..

Ya, aku tahu, perkara ini juga merupakan petanda-petanda bahawa Bumi ini akan berakhir.

Tetapi, aku tetap fikir, tidakkah mereka rasa mereka telah mensia-siakan kelebihan yang Maha Esa kurnia kan pada mereka?
Yelahh kebanyakan spesis ini dikurniakan dengan wajah yang menarik, peribadi yang baik namun keinginan mereka agak terpesong.
Ahhhh...
Kan bagus jika mereka menggunakan segala kelebihan yang mereka ada dengan niat dan jalan yang betul?

Urmmm.
Ntah laaa.
Aku cuma manusia biasa..
Aku cuma ingin melukiskan pendapat dan kata-kata yang terlukis lama di benak fikiran aku
Aku harap tiada sesiapa yang akan terasa.
Cuma aku tahu, dengan ada spesis spesis ini, banyak orang yang terluka.
Aku sangat tahu perkara ini..
Sebab aku pernah alaminya..
Aku tahu apa yang mereka rasa.
Aku tahu apa rasanya jatuh cinta pada spesis yang mempunyai nafsu hanya pada kaum mereka.
Aku tahu perasaan sakit dan sedih itu..
Aku tahu..

Aku tidak menyalahkan mereka atas kehendak mereka itu..
Aku masih berkawan dengan mereka..
Aku masih kagum dengan mereka kerana mereka tidak peduli tentang kata-kata orang terhadap mereka..
Cuma aku harap, mereka akan berubah..
InsyaALLAH.. :)




p/s ; aku masih berfikir , perlukah aku menjadi GAY ?





2

Top Reason Why Ladies Nowadays Are SINGLE




Top Reasons Why Ladies Nowadays Are SINGLE



1. The nice men are ugly.


2. The handsome men are not nice.



3. The handsome and nice sweet men are gay.


4. The handsome, nice and heterosexual men are married.


5. The men who are not so handsome, but are nice men, have no money.


6. The men who are not so handsome, but are nice men with money think we are only after their money.


7. The handsome men without money are after our money.


8. The handsome men, who are not so nice and somewhat heterosexual, don't think we are beautiful enough.


9. The men who think we are beautiful, that are heterosexual, somewhat nice and have money, are cowards.

10. The men who are somewhat handsome, somewhat nice and have some money and thank God are heterosexual, are shy and NEVER MAKE THE FIRST MOVE!


11. The men who never make the first move, automatically lose interest in us when we take the initiative.





p/s ; NOW, WHO THE HELL UNDERSTANDS MEN? Gosh~

0

Happy Birthday my Mr Twilight! :)

Happy Birthday to you!
Happy Birthday to you!
Happy birthday to Mr Twilight!
Happy Birthday to you!!

Today is December 3 2009.

Some things are left undone,
Some words are left unsaid,
Some feeling are left unexpressed,
But some one as nice as you could never be left unwished,
HAPPY BIRTHDAY, Mr Twilight !

May ALL your wishes come true!
Have a great days ahead! :)



p/s ; Present hari tu kira hadiah hari jadi sekali lah ekk? :D
I <3 u !
2

Junjou Romantica a.k.a Pure Romance :)

Hello buddy!
Hari tu, pergi Wangsa Walk.
AGAIN.
Pergi dengan Syiqa.
We met Farid Kamil, Lisa Surihani and Aqasha.
And I bought dvd.
Anime lah kan? apa lagi. haha :)
DVD tu bertajuk Junjou Romantica.
Kedai tu jual dengan separuh harga.
And, dengan harga rm19.90, aku dapat beli cerita tu dengan dua season. :)



Oh My GOD!!

Cerita tu sangat lah lucah.
hahaha :)
It's about gay life-style. haha :)
Bukan gay yang happy tu.
But, homosexual. haha :)
Serious.
Cerita pasal kehidupan lelaki-lelaki yang minat pada lelaki.
and of course, ade scene-scene yang korang suka la kann?
And hell yeah, they do "that" with their boy-partner lahh. haha :)

And aku tak tahu kenapa, aku suka cerita tu.
And hell yeah again, sebab watak2 dia lukis, SERIOUS HANDSOME GILA GABAN wehh!!!!
(uhh, korang yang kenal aku je yang tahu perangai aku yang satu ni.huhuhuh)
Hahaha :D
Aku takde lah nak cadangkan korang supaya tengok cerita ni.
Tapi kalau agak-agak nak lebih memahami kehidupan lelaki macam ni, tengok lah.
And for sure lah aku TAK KAN BAGI KORANG PINJAM AKU PUNYA kan?
Aku sayang kott.
Cukup lah komik yang aku sayang gilagila menjadi rosak setelah bagi orang pinjam. huhuh

And hey guys, bila tengok cerita ni, aku teringat member aku yang gay tu.
Ingat lagi tak post aku pasal dia tu?
hah?!
Tak ingat dahh?
Tekan ni.
Huhuh
Harap dia sihat2 je kan? :)

Okay lahhh
Aku tak dapat nak luahkan dengan kata-kata betapa suka nya aku dengan cerita ini.
Mungkin kerana aku teringin nak tahu bagaimana kehidupan lelaki seperti ini,kan? :)

Hee. okaylahh!
See you guys next time ! :)

Salam :)

EH! Sekejap! Nak cakap! Kalau korang ada apa-apa cadangan tentang anime-anime yang menarik untuk ditonton, inform2 lah ehh?! :)

Chowwww! :)





p/s ; post kali ini bukan berniat untuk mengaibkan sesiapa. cuma nak berkongsi perasaan betapa aku suka anime ini :)
2

Anda,

Aku sangat sangat terasa dengan kau.


Cukup untuk kau tahu satu perkara itu dengan jelas.



p/s ; KAU di sana, tak perlu teka siapa yang aku maksudkan. sebab KAU tak kenal.

Aku Cinta Dia - Sharifah Abu Salem.




SEBENAR-BENAR CINTA


Cinta kepada ALLAH sangat berbeza segala-galanya.
Saat cinta kepada manusia membawa kesedihan, hanya cinta kepada ALLAH membawa kedamaian.
Saat cinta insan membawa kehancuran, hanya kepada ALLAH membawa kebahagiaan.
Sebaliknya, cinta kepada ALLAH adalah sebenar-benar cinta hakiki yang pasti membawa bahagia tika di dunia dan akhirat kelak.

Kerana itulah apabila kekuatan cinta kepada ALLAH melebihi segala-galanya, manusia tidak akan takut untuk berdepan dengan kegagalan cinta sesama insan.
Dan kecintaan yang mendalam kepada ALLAH tidak akan membuatkan seseorang itu terburu-buru untuk melafazkan kata cintanya kepada orang yang tersayang.


AKU CINTA DIA lahir dari kesedaran bahawa cinta kepada ALLAH adalah sebaik-baik cinta yang harus dimiliki manusia.
Namun, kadang kala kesedaran ini sukar diterjemahkan dalam ayat biasa, lantas golongan remaja terutamanya, gagal untuk memahami pengertian cinta kepada ALLAH itu sebenarnya.
Cinta kepada insan lebih kepada sesuatu yang melalaikan, sedangkan cinta kepada ALLAH bakal memberi ketenangan, kedamaian dan kebahagiaan.

Namun, tidak dapat dinafikan bahawa setiap insan memiliki perasaan cinta yang amat indah, ingin mencintai dan dicintai dan mahu cinta mereka diakhiri dengan perkahwinan.

Tetapi cinta yang indah itu kadang kala sangat menakutkan.
Kerana kegagalan cinta menjadikan insan merana dan berasa hidup sudah tidak bermakna.
Maka, jadilah cinta itu sebagai kepahitan yang begitu mengecewakan dan menyakitkan perasaan.

Melalui novel ini, pengertian CINTA itu akan lebih difahami oleh setiap pembaca.
Tidak ada cinta yang lebih agung selain cinta kepada ALLAH dan Rasul-NYA.
Maka, apabila anda bercinta, janganlah cinta itu melebihi cinta kepada ALLAH dan Rasul-NYA.

Semoga novel ini dapat membuka satu lagi dimensi baru dalam kehidupan anda yang sedang mencari-cari satu pengertian cinta yang hakiki. Insya-ALLAH..

-Sharifah Abu Salem-


Words for Auntie Sharifah ;

Syabas lah auntie !
You did it!
Memang berkesan!
Terima Kasih kerana sudi menghasilkan novel yang sangat memberi kesedaran kepada pembaca remaja dan golongan yang masih tidak tahu apa itu erti cinta sejati dan hakiki.
Dan salah seorang pembaca yang sedar akan kelalaiannya ialah saya.
Thanks a lot!
Saya harap apa yang telah berubah ini akan kekal selama-lamanya.
Once again, THANK YOU SO MUCH ! :)



p/s ; ahhh. Demi ALLAH, bila aku baca novel ini, aku sangat mengingati seseorang yang pernah hadir walau sementara dalam hidup aku.
Aku sangat rindu dia. =')

0

Popular , Celebrity Fitness, Pizza Hut

I just went to Wangsa Walk.
Pergi kedai buku Popular.
Sangat bertuah untuk aku, aku ternampak seorang lelaki yang menantikan kedatangan kami.
Dia pekerja kedai buku itu.
Dia sangat kacak.
Sangat sangat kacak.
Nama dia Hanafi.
Dia sangat handsome.
Aku suka dia.
Aku duduk dekat situ lama-lama.
Bukan niat untuk mendekati dia.
Tetapi untuk melilau mencari2 novel yang menarik.
Akhirnya aku membeli novel yang ditulis oleh Sharifah Abu Salem.
Novel itu bertajuk Aku Cinta Dia.

Ahhh. Modal cerita aku sebenarnya ialah, aku nak cerita tentang jejaka yang aku jumpa tu.
Nama dia Hanafi.
Yea, aku ulang nama dia.
Kata aku pada diri sendiri ;

Ada jodoh, takkan ke mana.

Aku harap dapat jumpa dia lagii :)
Itu harapan aku :)



Oh yeah, sementara itu, Gimnasium kat Wangsa Walk dah bukak!
yayyy!
Ingat nak pergi.
Tapi syiqa dok berkeras kata mahal gilaa.
Haha.
Aku dah berangan-angan dahh.
Kalau lah aku pergi sana, perghh!
Confirm dpt jmpa abe-abe yang badan ada enam paket tuh.
Yang kacak-kacak ke, kan?
Manalah tahu, tang aku tengah dok exercise nak get rid 'teman baik' aku tu, tiba-tiba ada sorang dua abe badan enam paket tu tegur-tegur ke kan? haha :D
Maklumlah, Gimnasium kan wehh? haha :D
Adehhh. Berangan sampai ke Marikh.
Ke Zuhal cukup lah wehh! Heee :D
Tulah, bak kata Syiqa, nak jumpa abe-abe yang kacak-kacak, harga bayaran pon kena 'kacak-kacak' jugak, kan? HAHA :D




p/s ; Novel itu mengingatkan aku tentang Mr Kashfullah :)

-------------------------------------------------------------------------------------------------------



Itu kisah di Wangsa Walk.

Sekarang ni cerita tentang Jamuan Akhir Tahun Kelas 3 Akmal.
Haha.
Berlangsung di Pizza Hut Taman Permata.
Kenangan tadi sangat seronokk.
Aku having fun betul tadi.
Ahh yeah, kepada Mazreena and Adilah, thanks sebab korang ber-ia-ia nak adakan jamuan ini! :)


Pictures of the day ! :)


Berbaris dulu ye menanti makanan? aha :D lapar sudaa. tertera di wajah Damia ! :D


Yeah, Haikal gelak besar. macam dia sorang je ada gigi,kan? Ngeee :D


Oh yeah, oh yeah. fareez bukan main lagiii. haha


Yeahh. Ini Teacher Maheran ! :)



Oh yeahhh ! Di Archade ! haha :D
From left ; Adilah, Maizurah, Mazreena, Iman :)



Kitaorang jumpa Mat Kacau lah wehhh! Haha :D
Well, Kaizen memang x reti tangkap gambar,kan? haha :D
It proved lah weh. haha


Actually gambar banyak lagii.
But I'm too lazy to upload those pictures lahh.
haha :D
So, kalau nak, request,eh? aha :D


p/s ; oh yeahh ! Hari yang Indah,kan kawan-kawan? :)

p
0

Penat + woahh.

Hari ini sangat penat.
9.30 pagi hingga 7.45 pm.
woahh.
penatt and enjoy!
Guys, thanks!
Love you guys much much much lahh ! :)
Next time, we'll have our moments again,yeah? haha :)


p/s ; hey budak bernama amir, you look gorgeous lah today. hahaha! :)
0

Seronokkk! :)

Seronokk bila dapat bergaduh lagi dengan orang jauhh! Haha :)
Wahai PUTERI LINDUNGAN BULAN, anda memang HEBAT la wehh! Haha :)
Nak comment takk?
Comment laa.
Luah kan apa yang anda mahukann!
Cepat sayangg!
HAHAHA ! :)


p/s ; tiba-tiba hormon aku melonjak-lonjak suruh bergaduhh! Perang blog lagii! yeahh! HAHA :D
9

Hari Ini.. s*cks!

Hari ini bertarikh 3 november 2009.
Aku benci pada hari ini.
Aku benci bersekolah pada hari ini.
Aku benci segala apa yang terjadi pada hari ini.

Semua semakin menjauh daripada aku,kan?
Fine, PERGI!
PERGI jauh-jauh!
PERGI main jauh-jauh!
Tak payah dekat dengan aku lagii!
From now on, you can get away from my life!!
I mean it, shitt!



p/s ; aku teringat masa sekolah rendah. betapa indah nya saat bersahabat pada ketika ituu.. :''((
aku rindu korangg, Nawa, Syaza , Pekkah! :'(
0

woahh =))

hey sayangss!
We called Mr Twilight today!
We talked with him like budak-budak-baru-dapat-handphone. haha :)
Semua idea Aidil and Damia.
Beria-ia suruh call.
Oh yeah, sebab credit aku berlambak, korang guna-gunakan handphone aku, yea, rakan-rakan? HAHA :D
Kitaorang buat loud-speaker. HAHA :D
Seronokk sembang dengan dia.
Yeah, maaf ye cikgu!
Ganggu cikguu!
Haha :)


p/s 1 ; thanks korang , sebab korang, aku dapat sembang dengan dia. wahaha =''D

p/s 2 : Naseb baek baju tu kena dengan size dia. (diacakaplaa) HAHA :D

30/10/2009

Hari yang penuh dengan tangisan dan air mata aku.

Hilang sifat aku yang suka gelak banyak-banyakk.
Hilang sifat aku yang suka mengendeng2 dengan orang.
Hilang sifat aku yang suka menggedik.
Hilang sifat aku yang suka mengumpat.
Hilang sifat aku yang suka berborakk.

Namun, tiba-tiba, muncul satu sikap yang aku paling benci nak buat ;
Menyendiri dan bermuram.
Yeaa.
Hal ini disahkan oleh beberapa sahabat.

Aku bermuram dan menyendiri untuk cuba mengawal kesedihan hati.
Untuk cuba menahan air mata yang aku tahan sejak seminggu yang lalu.
Namun, aku GAGAL!
kerana, pada pukul 12.30 tengah hari, aku berlari ke toilet sekolah dan menangis.
Menangis seorang diri.
Aku tak nak kawan2 aku tengok aku menangis.
Aku tak nak mereka lihat aku sangat lemah!
Lalu aku menyuruh mereka pulang
Namun, ada segelintir mereka membuat andaian sendiri dan menyangka aku memarahi mereka.
Sungguh.
Aku tak pernah marah korang//
Buat lah apa je yang korang sukaa.

Tapi tidak mengapa lahh.
Air mata tu adalah jalan penyelesaian bagi melegakan perasaan yang tersimpan dihati..

Walaupun hari ini hari terakhir dia, aku tidak berpeluang langsung untuk berjumpa dan berbual dengan dia..
Walau hakikatnya, ALLAH sahaja yang tahu betapa aku ingin berjumpa dengan dia.
Aku nak sangat tengok dia tersenyum buat kali terakhir..
Aku nak sangat berbual dengan dia buat kali terakhir..
Aku cuba bergurau dengan rakan-rakan agar mereka menemani aku berjumpa dengan si dia.
Namun kata-kata aku dipandang sepi.
Tidak mengapalahh..
Mungkin tiada rezeki untuk aku jumpa dia,kan?
Walaupun ada yang mengajak aku berjumpa dengan dia, aku mengelakk.
Kerana aku tidak mahu dia tahu bahawa aku sangat ingin melihat diaa..

Takpe..Takpe..Takpe..

='))

Urm, boleh tak aku nak buat sikit speech untuk dia? Boleh kann?
Mestilah boleh.
Ini blog akuu :)


Dear cikgu!
Cikgu, cikgu tahu tak?
Saya dah lama gila adore dengan cikgu?
Lama gilaaa!
Hari pertama cikgu masuk ke kelas saya!
Alaaa. masa cikgu gantikan teacher kitaorang tuu!
Ingat takk?! Huuu ;)
Pada mulanya, saya benci cikgu.
Sebab cikgu macam kerek sikitt.
Tapi, lama-lama, ntah macam mana, boleh pulak terfallinlove dengan cikguu.
Ntah laa!
Tiba-tiba je.
Sejak dari itu, saya selalu ternanti2 matahari esoknya agar dapat berjumpa dengan cikgu!
Sungguh!
Kalau tak caya, tanya kawan-kawan sayaa! :)
Masa nak dekat hari raya, saya takut kalau bukak je sekolah daripada cuti raya, cikgu dah tiada.
Saya takuutt.
Jadi, saya buat keputusan nak kasi kad.
And, alhamdulillah.
Tercapai jugak hasrat saya.
haha :)
Then, masa nak dekat PMR tu, saya nervous gila bila kawan-kawan semua paksa suruh mengaku yang saya lah yang kasi cikgu kad raya tu.
Tapi, saya beranikan diri juga!
Lagi sekali, alhamdulillahh..
Muka cikgu tak marah or pelikk.
Malah, cikgu senyumm!
Ahh, Sangat handsome lah cikgu time tuu!
Sweet jakk! :)
And yeah. cikgu sangat baikk!
Walaupun saya tak dapat kenal cikgu dengan lebih baik, tapi saya tahu.
Cikgu baikk :) Sangat baikk :)
And ketika di camping, seriously, saya rasa itulah waktu yang terbaik pernah saya ada sepanjang tahun 2009!
Sebab saya tak sangka cikgu ada sekali.
Seronokk bila dapat tahu cikgu join.
Heee :))
Hadiah yang saya kasi pada cikgu tu, cikgu pakai tau?!
Jangan risau!
Saya tak bomohkan ponn! haha :))
Errm, Cikgu..!
Saya nak tanya, cikgu marah tak kalau saya cakap,
Saya nak terus ingat dekat cikgu?
Saya nak terus adore pada cikgu?
Saya nak terus meminati cikgu dari jauhh?
Saya nak terus rindukan cikgu dari jauh?
Boleh taakk?
Cikgu jangan marah ehh?
Sebab, saya tak nak kewujudan cikgu tu, hanya sia-sia :)
Jadi, izinkan saya,ya? Heee! ;p
Thank youuu!
Cikgu jaga diri elok2,tahu?!
Jangan nakal-nakal.
Cepat-cepat kahwin!
Cikgu pon bukan muda lagii.
Hahah :)


Okaylahhh!
Saya dah puas membebel//
Kan bagus kalau betul2 cikgu baca apa yang saya cakap ni,kan?
Hahah :)
Angan-angan kosong jee. =''((

Assalamualaikum.



p/s 1 ; Wahai keyboard, nanti aku suruh mama beli kau yang baru eh? Sebab kau dah basah dek air mata aku laaa.

p/s 2 ; still, aku masih menantikan time machine. Mana? Aku nak pinjam japp! :
'((

p/s 3 ; I Will Never Forget You, my MR TWILIGHT !!!

0

Alhamdulillah..

Alhamdulillah..
Semuanya berjalan dengan lancar..
Namun, tak sanggup untuk meniti hari esok.
Kerana, pada hari esoklah, hari terakhir dirinya berada di tempat kami bertemu..

Tak pe laa.
Ada rezeki, dapat jumpa lagii :)
Insya-ALLAH :)


p/s ; kad buruk gila gilaa. comott. buat tergesa2 :''(
0

I miss you badly :(

Dah 2 hari kau tak datang.
Kenapa ehh?
Aku rindu kau sangatt!
Please, esok datang laah
I got something for you.
Please? :)
0

Khas buat Mr Twilight :)

Menatap Matamu by Aril AF7.
Lirik lagu ni aku tujukan khas, special, memang untuk Mr Twilight :)

Sungguh indahnya hari berlalu
Menunggu kasih tambatan hati
Ingin rasanya selalu berbagi
Bersamanya kala suatu nanti

Andainya kau jadi milikku
Selaluku nyanyikan lagu rindu
Andaikan kau dan aku bersatu
Dunia ini berseri selalu

Kuingin dirimu dekat dihatiku
Berdua kita kan raih bahagia
Kuingin dirimu turut merasa
Rasa rindu untuk menatap matamu
Menatap matamu

Bagaikan bintang nun jauh di sana
Terangi malam yang semakin gelap
Jika kau sudi menemaniku
Takkanku lepas walau sedetik pun



SUMPAh untuk dia seorang saja!
Tolong hayati ye, mr Twilight!
Lagu ni saya tujukan KHAS untuk Encik, tau?! haha :)



p/s ; nak dengar lagu ni, gi YouTube laa! Apa? Kau fikir blog aku ni MP3 ke? :p
0

Nice Moments di Campingg :)

Hello and Assalamualaikum to all my friends ! :)
Nak update blog nihh!
Heee :)

Hari jumaat hari tu, aku bermain game UNO bersama rakan-rakan.
Kebetulan, ketika itu Mr Twilight berada dalam Surau.
Aku memenangi game itu lalu menjerit UNO GAME secara kuat teramat sangat!
gembira laa. dapat kalahkan NORAINI ! haha :)
Then, Kaizen and semua tegur aku.
"eena! eena. control2. Dia kat depan kau je. Dia pandang tuu!"
Aku dah seperti " hah?!!"
And aku pandang dia lalu aku buat PEACE !
Dia tersenyum.
Aku tak pasti kenapa dia tersenyum.
mungkin kerana mentertawakan sikap aku yang teruk itu?
Lalu tersenyum sinis?
Ntah! Tak nak buat kesimpulan sendiri -_-"


And rakan-rakan, pada hari yang sama, Jumaat , iaitu 23/10/2009 - Sabtu , 24/10/2009, aku pergi camping!
Kat sekolah je. tak leh gi jauh2! Mama tak kasi. nanti kena gigit nyamuk. haha :)
kami berkumpul di sekolah pukul 3-3.00 ptang.
Sebelum datang sekolah, hati aku berdebar tahap gaban.
Sumpah. Bila aku fikirkan mr Twilight aku berdebar gilaa.
Dalam hati ade gak membebel "dia follow ke tak?"
Then, sampai2 sekolah je, hujan turun dengan lebat gila gabann!
Then, kitaorang ke surau. berkumpul.
Duhhh!
Elok2 je aku nak ubah tempat duduk, mata aku nampak kelibat si dia!
Segak berbaju kemeja-T kuning.
Ngeee !
Aku pon apa lagi. tak keruan lah duduk.
mana tak nya, nervous gilaa.

Okay, then, sesi memilih Penghulu and Penghuluwati.
Mereka mancadangkan nama aku, mazreena dan Atikah untuk menjadi penghuluwati.
aku relax je laa.
sebab dah tahu takkan dapat punya.
Setelah sesi mengundi,
Tiba-tiba, nama aku disebut oleh ustaz, aku dipilih.
Alhamdulillah laa.
Sebab tak sangka diri aku diterima oleh diorang semua :)

Setelah solat asar, ada sesi beriadah bersama Sir Loganathan!
kami belajar permainan baru!
Permainan orang India, KABADI !
Haha :)
Seronok game itu!
menghiburkan!
Sungguh!
Haha :)

Pada malamnya, selepas solat Isyak, ada ceramah sedikit.
penceramah dia agak best. tapi tidak dapat menarik minat aku untuk dengar.
Nak tak nak, terpaksalah dengar kan? hee :)
Seterusnya, kitaorang berkawad di Bengkel Pertanian.
bayangkan, berkawad pada waktu malam?
and hell yeah, cermin mata aku berkabus dan aku berpeluh sakan di dalam sweater yang aku pakai semata-mata untuk menutup lengan aku. wahaha :)
Panas and sangat tak selesa!
Tapi, seronokk! Sebab komander dia sangat sporting and BEST gilaa!
nama beliau Mat Jantan. Nak special order, panggil MJ. haha :)
Dia hadir bersama-sama anaknya, Zuriani. SANGAT CANTIK! Putih gila and perghh!
SUMPAH seronokk sangat activty bersama dengan komander tu! :)
Aku terhibur and Yassin sangat jealous dengan aku sebab apa-apa je yang Komander tu tanya, aku dapat jawab even adalah salah sikit. wahah :D
*sorry Yassin! :)*

Activity bersama komander itu tamat pada pukul 12 malam :)
Cikgu Azman siap recommend Ustaz2 yang single kat Kak Zuriani lagi tuu.
And that time, i was like "Huh? What the..?" Jealous laa. :(
mana taknya, Mr Twilight itu tergolong sekali dalam kategori ustaz2 yang single! grrrr.
Kemudian, kitaorang pon balik ke tempat kediaman.

Tiba-tiba pada pukul 12.55 a.m , wisel berbunyi dengan nyaring!
Aku time tu sedang berbaring2 menjerit suruh semua bangun untuk turun.
Semua dah gelabah dah!
Apahal la kan..?

Sampai je Bengkel pertanian, ustaz Khairul beritahu ada activity KEMBARA MALAM.

Kitaorang dikehendaki mencari Minyak Wangi yang terletak di dalam Kasut yang berbau longkang dan calitkan dilengan seterusnya pulang ke tapak letak kereta.

And hey ! WHAT THE H***?!
Aku dah lah lemah semangat !
Pastu nak suruh aku jalan sorang2 dekat koridor sekolah tingkat 3 yang gelap gelita + semua lampu bangunan sekolah dipadamkan termasuk surau + suasana yang berdekatan pokok2 besar?!
yang ada hanyalah sumber cahaya daripada BULAN and lampu bangunan sekolah berdekatan.
Semua dah cuak gilaa!
Surah2 Al-quran yang dihafal semuanya telah dibaca bagi merelaxkan gundah dihati!
Tiba-tiba terdengar Mr Twilight cakap dkt budak2 lain, " Ini antara awak dengan Tuhan "
Aku dah macam "huh? sabar je laaa. aku dah lah cuakk!"

Then, tiba-tiba aku dipilih oleh Ustaz Fadzli untuk melaksanakan tanggungjawab itu.,
Sepanjang perjalanan mengharungi koridor2 tersebut, aku membaca Ayat Kursi.
Aku ingat dekat ALLAH, Mama, Ayah, Kak Long, Mak, Mr TWILIGHT and kawan-kawan.
Tiba-tiba, aku terdengar suara orang bercakap2. Kemudian, aku jumpa kasut tersebut. Lepas aku calitkan dilengan, aku blah!
Sekali lagi, aku diduga.
Aku terdengar orang ber "ssssssssss" di hadapan kelas 4Akaun.
Seterusnya, duit syiling terjatuh.
Aku tabahkan hati dan terus berjalan.
Sampai sahaja ditangga, aku terdengar meja diketuk dengan kuat.
aku pandang ke dalam kelas itu lalu memberi salam.
kemudian, turun dengan laju.
and you know what?
Mr Twilight menanti pelajar2 yang dah selesai di tapak letak kereta!
No wonder lah dia hilang! haha :)
Actually, yang aku dengar semua itu adalah kerja senior2 kitaorang . Budak2 form 5.
Hahahaha :) bengong laa. I nervous tauu! jahat la you olss ni! haa :D

Keesokan paginya, ada jogging.
Then, ada ativity memasang khemah!
Kemudian, ada ceramah pertolongan cemas.
And habis je activity tu, acara penutup!
Kami lepak makan tengah hari dahulu before balikk.
Aku dengan semangat kentalnya, suruh Mr Twilight pose untuk tangkap gambar padahal time tu dia sedang makan.
hahah :)
Dia pon pose je laa. jaga hati anak muridnya.
Wahahah :D

Then, semasa sedang tunggu ayah ambil, aku paksa Yassin and Hakimi teman aku.
kebetulan Lukman ada. Kami lepak laa.
Tiba-tiba aku ternampak kelibat Mr Twilight !
Then, yassin and kimi menggedik panggil dia !
Aku dah segan tahap gabann!
Mereka bersembang seketika sebelum Mr twilight masuk semula ke kawasan sekolah.
And adalah sesuatu yang terjadi selepas itu yang aku segan nak cerita sebab aku TERKILAN! huwaaaaa!
Hanya Yassin, Hakimi and Luqman je yang tahuu!
aku nak sangat bersembang dengan dia ohh!.
*Please please please, kalau ade time machine, memang aku curik senyap2 ohh. huhu. -_-"
Tak lama lepas tu, ayah tercinta sampai.
Aku balik la dengan hati yng girang+terkilan sedikitt!
habis semua orang aku call nak cerita kan pengalaman aku spent time with Mr Twilight selama 1 hari ! hahahahaha :)
Then, aku tidur and malam tu keluar makan with family!
And and and, aku dah penat menaip!
Dah macam karangan!
Aduhh !
Kan best kalau karangan BM aku masa PMR tu sebagus essay aku di blog ini? Haha ! :)
Sebenarnya, banyak lagi perkara yang sangat menarik berlaku!
Banyak sangat!
Tapi, takkan lah nak cerita semua kan?
mahu juling mata u olss baca. Haha :)
Lagi pun, tangan penat lah nak taipp.
Biarlah kenangan itu tersimpan, terlekat kat hati aku. :)
I miss that moments ouhh! :)

And korangg, aku sangat takut untuk menunggu hari Jumaat yang akan datang ini, 30/10/2009.
Kerana pada hari itu, Mr Twilight akan pergi daripada sekolah dan meneruskan kehidupannya sebagai guru atau menukar kerjaya dan meneruskan cita-citanya sewaktu kecil di tempat lain.
and aku?
and aku akan cuba menahan air mata. HAHAHAHAHAHAH!
Jiwang gila gaban!!! :)


Okaylah! tangan dah lenguh ! Tata !
Assalamualaikum ! :)




p/s ; Mr Time, can you walk slowly? or kalau boleh, can you crawl slowly ? -_-"

Happy Mood :)

Hello my dear!
hari ni, hari yang sangat menggembirakan!
beberapa perkara menarikk telah terjadi pada hari ini.
Oh, correction, sangat menarikk!

Aku dan rakan-rakan main true or dare and bermacam2 lagi permainan yang perlukan kami berlaku jujur. haha :)

Sangat puas sangat2 gembira!
Hubungan silaturrahim kami semakin terjalin dengan erat.
Daripada tidak rapat langsung, hari ini, telah menjadi seperti adik beradik.
Insan2 yang dimaksudkan itu ialah Aiman dan Hanes Zhafree :)
Sangat gembira hari ini.

Oh yaahh..
Lagi satu, aku sudah dapat "ole-ole" drpada Mr Twilight. haha :)
Walaupun dia beri tanpa dia ketahui, namun, aku syukur dan gembira.
Hanya itu je bukti bahawa dia pernah wujud di situ :)
Nabila, harap awak tak kisah ye? :)

Kepada Damia, Aini, Maria, Diana, Kaizen, Aiman, Hanes, Nabila dan semua rakan-rakan yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung, aku nak sangat ucapkan, TERIMA KASIH banyak-banyak !
Because you guys made my day ! haha :)

Sumpah aku sayang korangg.
And hell yeah, SPECIAL THANKS to Damia and Hanes la kan?
Cuz korang, aku dapat "ole-ole" tu. haha :)

I lebiiuuuuu la sayangssss ! haha :DD



p/s : Ku takkan pernah tertawa
Ku takkan pernah bahagia
Ku takkan pernah merasakanmu
Bila kau tak disini..


0

Bluee + Kuninggg = KAMI :)

Let me laugh out loud before i start my amazing story ;)

HAHAHAHAHAHAHAH!

Okay, bosan + happy, apa agaknya jawapan yang akan korang fikir?
Haha :D

Okay actually bosan punya cerita bila tak pergi sekolah hari ni.
The truth is , I thought bila tak pergi sekolah is much much more better than pergi sekolah.
But, i was extremely WRONG! Wahhhh!
Sangat bosan bila berseorangan di rumah!
Teramat lah bosan.
Bangun tidur, tengok tv. mandi. tengok tv, solat. tengok tv. tengok tv. tengok tv. tengok tv.
aku tengok tv sampai tv dah bosan tengok aku.
arghhh.
nak hilangkan bosan, ajak Atikah pergi Giant cuz ingat nak beli pembalut buku since Ayat-Ayat Cinta tak berbalut lagii. haha :D
Then, sedang hujan ketika kami hendak pulang, pulang dengan sekaki payung yang aku bawak spare.
wahhh!
Aku ingat pesan mak ; sediakan payung sebelum hujan.
haha :D
Kemudian, aku lepak di rumah Atikah sebentar.
Bergurau senda bersama adik-adiknya dan sedara2 nya!
Waahhh!
Sangat happening keluarga mereka!
Agak blueee budak2 tu walau baru darjah 4 & 5.
Aku dulu tak gitu okay?
Setakat Vagina, Sperm, Ovum, cara nak dapat anak, aku dah hafal dahh! hahahaha :D
Then, mak call, aku pon balik laa..


Okay guys, part Happy nya,
Wan Nurhafiz Ashman call aku.
yeah!
not for couple of minutes, but, for 32minutes ! haha !
Tak pernah tau kau call aku lama gitu.
And i was very happy tadi!
Haha :)
Even aku pernah dapat call 1 hour lebih from someone else, but, aku suka cakap dengan kau lah, MAKCIKK! haha :D
And kau tahu tak? from 32 minutes tu, just 5 minutes je aku rasa, aku bersuara.
The rest, suara kau memekakkan telinga aku and menggetarkan eardrum aku. hahaha :D
Then, mama balik and ayah pun balik.
Aku goreng something for dinner ! haha :D
Seronokk!
Even just makanan goreng2 tapi happy. haha :D

Then, online sehingga sekarang.

Uhh ahh!
;)

p/s ; tiba-tiba rasa minat pula dekat sedara Atikah yang berusia 12 tahun. Dia sangat matang. Ahh. Adik, akak mintak maaf kalau tadi akak ade niat ntah apa-apa masa akak main dengan awak punya adik yang ketika itu awak sedang dukung dia sambil awak sedang duduk ye? ;)


Mood : tak senonoh. blueee + kuningg ;)
0

Hipokrit

Bagi sesetengah orang, menjadi hipokrit merupakan gaya hidupnya.
Bagi sesetengah orang, menjadi hipokrit adalah sesuatu yang bodoh.
Aku tidak tahu aku dalam kategori yang mana.
Tapi, apa yang aku tahu, aku menjadi hipokrot hanya untuk cuba menjaga hati orang-orang di sekeliling aku sehingga aku sudah terbiasa menjadi hipokrit.
Hmmm..
Entah lahh..

Aku menjadi hipokrit untuk menghadiahkan kegembiraan pada orang tersayang.
Aku menjadi hipokrit untuk mengawal keadaan.
Aku menjadi hipokrit untuk tidak akibatkan kejadian yang tidak mahu jadi.
Aku menjadi hipokrit untuk menjaga hati yang tersayang.
Aku menjadi hipokrit, Aku menjadi hipokrit, Aku menjadi hipokrit!!
Aku menjadi hipokrit sehingga aku sendiri sudah penat untuk menjadi hipokrit lagi !

Aku penat apabila terpaksa berlagak suci dan baik dihadapan orang,
Sehingga menenggelamkan perasaan dan hormon aku untuk menjadi diri sendiri.
Aku penat apabila terpaksa berlagak tidak kisah,
Tetapi padahal nya aku sangat kisah!
Aku penat apabila aku terpaksa akur dengan kehendak seseorang,
Tetapi padahal nya aku tidak mahu melakukannya.
Aku sangat penat apabila aku terpaksa menyimpan perasaan,
Tetapi pada hakikatnya, tiada apa yang dia lakukan.

Arghhh!!
Semuanya disebabkan hipokrit!
Disebabkan hipokrit, aku menyimpan DENDAM!
Disebabkan hipokrit, aku membenci orang!
Disebabkan hipokrit, aku tidak mampu menjadi gadis yang baik.
Disebabkan hipokrit, aku hilang sifat setia kawan.
Disebabkan hipokrit, erghhh!!

Aku tidak mahu lagi menjadi hipokrit!
Sungguh! Sumpah! Aku dah penat!
Namun, aku tetap terpaksa menjadi hipokrit, pabila aku memikirkan wajah-wajah kesayangan aku apabila aku mula menjadi diri sendiri.
yaaa.

Diri aku yang sebenar.
aku seorang yang sangat pentingkan diri.
Sentiasa ingin menjadi yang terbaik,
Sentiasa mahu kelihatan baik di mata orang,
sentiasa mahu mendapatkan perhatian.

Ahhh.
Pedulikan lah dengan coretan ini.
hanya penambah duka.
hanya pembuka rahsia.
Biarlah kehidupan aku seperti ini.
biarlah kehidupan aku berlalu dengan situasi ini.
Biarkan aku hidup dengan hipokrit ku,
kerana dengan hipokrit ini, aku dapat melihat senyuman dan juga gelak tawa mereka..
Biarkan aku menjadi hipokrit walau hakikat nya, jauh di sudut hati aku, aku terguris..


Mama, ayah, kak long, mak, kawan-kawan semua, aku tak mampu menjadi diri aku sendiri.
aku tak mampu.
serious, aku tak mampu.
tolong aku?
tolong aku untuk menjadi diri sendiri?
tolonggg..




p/s ; I'm lost.
Back to Top