Berlepas.Bercuti.

Kuala Lumpur International Airport. Jakarta, Indonesia. 3 Minggu. Cuci Mata. Membeli belah. Usyar cowok yang kacak-kacak belaka. :)

SUKA! ( Esok detiknya! ohyeh ohyeh! )
GEMBIRA! (Dah lama tak holidays!)
TIDAK SABAR! (First time pergi Indonesia. Kasihan,bukan? T.T)
GEMENTAR! ( Naik flight. Oh, gayat!)

Paling penting ;

TERUJA!
( MAMA! ADIK NAK JUMPA GALANG! PUHLEASE?! *mata kelipkelip!* )



Coretan budak comot : kawan-kawan, jumpa lagi pada hari pertama buka sekolah tahun hadapan! SPM! Berusaha! x]
3

budak comot pergi movie.

Beberapa hari yang lalu saya bersama seorang kakak saya, *memang aku ada 10 kakak kan? -.-* telah menjejakkan kaki ke TGV Cinema di WangsaWalkMall atas alasan yang sangat common.

Tengok Harry Potter and the Deathly Hallow.
*okay. aku hentam je deathlyhallow tu.Aku tak ingat apa tajuk betul. Time kecikkecik dulu aku baca bahasa melayu punya. entah apa entah tajuk dia. pi search sendiri eh? x]*


.Aku sangat musykil.


1. "BOSAN do harry potter ni! Bapak tak best ahh!!"

2. "Kenapa MadEye awal-awal dah mati? Tak de cabaran betul laaa. hish."

3. "kenapa boleh ada part harry kiss Hermione? Euwww!"


3 damn words for you sayang ;

DIAM LAH WEH! Hahah

-Kenapa ada soalan-soalan macam ni daripada orang-orang yang tak kenal apa itu HARRY POTTER? =.=-

Awak tak suka, lantak kau lah ehh?
Aku sukaaa. Sukaa sebab aku boleh gelakgelak tengok tengok orang gelak bila tiada humor scene yang menjelma.
Menggeletek hati kan? =.=



*gambar ni penuh drama queen kan? x]



Eh Eh, Okay laaa.
To be honest harry potter 7th ni best laaa.
Kenapa korang kata tak best?
Okay. Mungkin la saya ni buta cerita.
Tak reti menilai sesebuah movie itu baik atau tak.
Tapi kan, kalau takde orang macam cik FNSyareena ni, mesti tiada satu pun movie yang laku kann? haha

*Do you get my point,my dear? :)*

Secara jujur lagi,
Movie kali ini tidaklah seBEST yang prisoner tu sebab masa tu abang Daniel Radcliffe saya ni memang kawaii habis laaa.
Perasan tak? dia comel habis kan time tuu? haha ;)
Okay, Back to Harry Potter and the Deathly Hallow.
Eh, ingat tak detikdetik dan ketika mereka semua menjadi harry potter. Damn cool dudeee ;)
Hahaha.
Okay okay. Diam membebel.
Sebab saya tahu kau belum tengok lagi kan? Ahaaa.

Okay okay. Go and grab ur tickets!


p/s ; Rapunzel, nak pinjam rambut boleh? x]


*Ouh I Likeeee x]


Coretan kata ; amalinarahman, pinjam 17 NZ tu. Nak convertkan laaa. Boleh takk? 4 kali jejak panggung wayang. ahhhh. x]
2

Kiamat sudah dekat.

✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa." Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.



✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

✐ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:

ⅰ- Pemimpin yang adil.

ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.

ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.

ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.

ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah".

ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).

ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.

✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

✐ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

✐ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga 'Arasy itu tiba dibumi.

✐ 'Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

✐ Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari 'Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

✐ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & 'Atid / Kiraman Katibin.

✐ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

✐ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

✐ Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

✐ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

✐ Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

✐ Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

✐ Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana.

✐ Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

✐ Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :

ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.

ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.

ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.

(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

✐ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

✐ Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

✐ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

✐ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.

Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.

☞ Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: ❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞ Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :
① Sedekah/amal jariahnya.
② Doa anak²nya yang soleh.
③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

sumber : Amar Sufi
2

Pensil vs. Pemadam


Pencil: I'm sorry....
Eraser: For what? You didn't do anything wrong.
Pencil: I'm sorry because you get hurt because of me. Whenever I made a mistake, you're always there to erase it. But as you make my mistakes vanish, you lose a part of yourself. You get smaller and smaller each time.

Eraser: That's true. But I don't really mind. You see, I was made to do this. I was made to help you whenever you do something wrong. Even though one day, I know I'll be gone and you'll replace me with a new one, I'm actually happy with my job. So please, stop worrying. I hate seeing you sad. :) I love you.
Parents are like the eraser whereas their children are the pencil. They're always there for their children, cleaning up their mistakes. Sometimes along the way... they get hurt, and become smaller (older, and eventually pass on). Though their children will eventually find someone new (spouse), but parents are still happy with what they do for their children, and will always hate seeing their precious ones worrying, or sad.

P/S ; Mama, ayah, adik sayang mama and ayah sangat sangat tau? 
0

Berdebar-debar

Hari berdebar-debar.
Tak tahu kenapaa.
Tapi, bila teringatkan seseorang, semakin kuat debaran itu.
kenapa ehh?
Ada maksud ke?
Ada makna kee?

Ya ALLAH, kenapa nii? Apa yang akan berlaku? Permudahkanlah segala-galanya.
Amin.

Kisah bayi

Eena ; Cikguuu! nak pegang perut cikgu boleh takkk?

Cikgu I : pegang laaa..

Eena ; *muka eksited gila pegang perut ibu mengandung* cikgu cikgu! Ni mesti anak lelakii.

Cikgu : Cikgu dah penat2 cari nama anak perempuan. Tapi bila scan, anak lelaki.

Eena ; Woahh! Cikguu! Kan. Betul tak saya tekaa? haha! Cikgu, saya nak bagi cadangan nama bolehh?

Cikgu I : apaa? apaa?

Eena ; Apa kata letak nama Muhammad Zikrillah?

Cikgu I : Cikgu nak huruf A!

Eena ; Hah! AARON AZIZ?!


Adilah, Mazreena, Cikgu I ; =.='

MasyaALLAH, baru aku perasan. Aku sebut kuat-kuat nama Aaron Aziz tu depan Ali Fiki Rongak!

Ya ALLAH! ;')






Kelazzzzzzzzzzz kau joyahhh! ;)))
0

Cerita ;)

Eena ; Errr, u***z..
Ali Fiki Rongak : ya, ya, ya,ya, ya, ya,ya..
Eena ; Okay okay, chill chill... Okay, macam ni. bla bla bla bla bla.

Ali Fiki Rongak & Eena bersembang.

Auww, So sweet. Errr, Sweet lah sangatt.
HAHA :)

I Cinta You laaa! tahu takk?

<3
2

Hampa

Secara serius saya cakap, saya sekarang sedang jiwa kosong.
Hampa.
Kecewa
Jiwa kosong.

2 bulan aku tunggu and berita yang sangat tak best ini sebagai balasan?
2 bulan aku tunggu and tiada sorang pun yang kasi tahu?
2 bulan aku tunggu and aku terpaksa pergi dengan kebosanan?
2 bulan 2 bulan 2 bulan.
Okay, I hate this.
Seriously.
I hate this. ;'(

Ya ALLAH, Kau kuatkan lah hati ku ;')

P/S ; Ali Fikir Rongak, tolong lah buat sehabis baik pada hari sabtu ni, okay? Semoga Berjayaaa :) Itsuki da! x]
0

kepenatan ;)

Today we were so damn tired. Especially si tukang-tukang urusetia laaa.
Ada beberapa student form SMK Hillcrest datang sekolah for a program called RIMUP. I'm not sure what RIMUP stands for. Tapi ada kena mengena dengan perpaduan lah kot. Entah laa. I'm not very sure meh ;) *check buku-buku lama, surf internet and call cikgu for makna RIMUP* ..... *failed!* =.=

Okay okay. Sekolah aku semestinya provide kan student melayu. haha. as usual lah meh. and and, there were few games yang cikgu dah buat untuk dorang and and saya sebagai seorang urusetia yang sangat baik *ehem! ehem!* telah menjalankan tugas yang tak sepatutnya saya lakukan! Ahaaa!
BUAT BISING! ouh yeah! BUAT BISING! BUAT BISING! BUAT BISING! woot woot. memang terbaik kan saya ni? oh yeah. terima kasih.

Haha okay laa. Jujur saya cakap kan kan, saya ada meng-usyar seorag jejaka yang.. eh eh! dua orang jejaka! ahaaa ;) okay okay. kidding. okay. lupakan apa yang dah korang baca. *deleting...!*

PENAT! Tapi best ;) walau pun saya ini bukanlah peserta yang menyertai aktiviti ini, tapi, woot woot. biasalahh. budak gila glamour khenn? so, jadi lah urusetia. haha ;) *ehem! nak jugak muka ni muncul dalam gambar!* haha ;)

Baiklah rakan-rakan. Di bawah ini saya sertakan sekali segala gambar-gambar yang menarik. ;)

*Mari berposing sebelum dideraa! :)


*Kita 1Malaysia maaaa ;)


*ehem ehem. Ni la urusetia yang rajin sesangat buat kerjaa. hahaa


*Beratur ye adik adikk? Haaa ;)


*Khusyuk ye. Khusyukk


*Bersatu teguh bercerai robohhh


*Eena ; bucu! bucu! Guna bucu!
Ini jejaka : Bucu apaaa?!
Hahahahaha! x]


*Yeee. Mari berposing sakan ye rakan-rakann!

*Ouhh yeahhhh! haha ;)


*Olaaa Olaaa Olaaa :)



*Ehem Ehem Ehem! Hahaha ;)

Okay rakan-rakan, itu sahaja lah yang mampu saya kongsi kan. Hadap lah kau puas-puasss! haha ;)
Baik lahh. Semoga ketemu lagi dilembaran akan datang! ;')


P/S : tibatiba bahasa jadi baku habis. Tahniah cikgu. tahniah. =.=

2

Dua kali malu.



Oh Tickets! Disebabkan dekat awak tu ada print 04:10 p.m, saya, Diana dan Syuhada mendapat malu dan aib yang sangat HEBAT! Haaa.
So sekarang, awak berani tak bayar saman malu kitaorangg? HAH?
Dush! Malu.
Okay. DUA KALI MALU bila satu kejadian yang tidak diingini berlaku di dalam panggung wayang.
Ohhh.
Abang and kakak Chinese, jangan lah buat macam tuu.
Oh puhleasee, saya sangat malu.
Haha ;)

Oh Pop Corn and F&N Strawberry, sorry sangatsangat! Disebabkan tickets tu tertera number 04:10 p.m , awak semua dihabiskan di bilik Karaoke. Bukan di panggung wayang. Ohh. SHOOT! :">


P/S : cerita tidak lengkap kerana saya tengah buat kirakira tambahan sama ada patut tak saya cerita dengan penuh bersemangat apa yang sebenarnya terjadi seperti semangatnya saya masuk ke dalam panggung wayang dan makan pop corn? =.=
0

kusut.


I am trying to be supportive. But you just ignore it. And I'm not proud of anything because it's not mine yet. Once it's mine, fine. I'm proud of it. And, you too! Own it first before you say something! YOU MAKE ME SICK RIGHT NOW! =.= Jangan kusutkan kepala orang boleh? =.=


Aku tahu kau banyakkkkk sangat sangat tolong akuu. banyak sangat sangat! Sampai tak terkiraaaa! The thing is, aku tak boleh nak masuk campur dalam HAL kau yang sekarang ni. Sebab kau tahu mama and ayah sangat sangat banyak problem sekarang and aku harap kau boleh jadi seorang yang sangat sangat memahami macam DULU-DULU. Menjadi diri kau yang sangat sangat mengutamakan keluarga. Menjadi diri kau yang sangat-sangat memahami. Tapi takpe laaa. Kau buatlah suka hati kau. Kau kan dah besar. Boleh buat apa saaajaaa yang kau nak. Fine. buat laaa.
Tapi Ingat yeee? The risk is YOURS! ;)


p/s ; no heart feeling okeh? sebab maybe luahan ini akibat daripada PMS =,=
Back to Top