0

Orang misteri.


Ada tetamu dari Jakarta, Indonesia.
Siapakaah?
Aaaaaa.
Rajin betul akak-akak tu skodeng blog aku. Heee :D


P/S : Tiba-tiba teringat watak Harris dalam novel M.A.I.D :]
6

Kita semua pemenang. Tiada pengalah.

#AMARAN! ARTIKEL DIBAWAH INI MENGGUNAKAN BAHASA BAKU YANG SANGAT SKEMA! SILA FAHAM!! ;)





PERTANDINGAN BAHAS BAHASA MELAYU.



*Peringkat Suku Akhir
Usul : Media Membentuk Jati Diri Remaja
SMK Seri Keramat vs. SMK Hulu Kelang

SMK Seri Keramat : Kerajaan.
SMK Hulu Kelang : Pembangkang.

Keputusan : Usul DITERIMA.

.....

*Peringkat Separuh Akhir
Usul : Sektor Pelancongan Penjana Utama Pertumbuhan Ekonomi Negara
SMK Seri Keramat vs. SMK Darul Ehsan

SMK Seri Keramat : Pembangkang
SMK Darul Ehsan : Kerajaan.

Keputusan : Usul DITOLAK.


.....



*Peringkat Akhir
Usul : Malaysia Mampu Menjadi Pusat Pendidikan Dunia
SMK Seri Keramat vs. Sekolah Agama Menengah Rawang (SAMER)

SMK Seri Keramat : Kerajaan
SAMER : Pembangkang.

Keputusan : Usul ditolak.

Walaupun hanya berjaya menggondol NAIB JOHAN Bahas Bahasa Melayu Peringkat Daerah, kitaorang tetap bersyukur dan gembira gilaa gilaaa!



Kerana objektif adanya pertandingan seperti ini adalah untuk memberikan peluang kepada semua pelajar yang menyertai pertandingan ini keberanian untuk bercakap di hadapan orang ramai.

Nampaknya SMK SERI KERAMAT dah berjaya menjayakan objektif itu. Sebab KESEMUA PESERTA yang mewakili SMK Seri Keramat, mendapat peluang untuk bercakap di hadapan orang ramai.

Weh brader, kitaorang bukan terlalu mengejar kemenangan laah. Kitaorang cuma nak berusaha menaikkan nama sekolah. Appreciate lah sikit derr. Haha :)

Apa-apa pun, KITA SEMUA ADALAH PEMENANG. TIADA PENGALAH! :)



*P/S : Tuan Speaker yang bernama MUHD AFIQ (SAMER), perghh! Anda sangat hot okay! Tidak keruan saya dibuatnyaa! Hahah :)



Twitter

Okay. Dah lama gila aku tak update blog. Niat dihati memang nak update. Tetapi memandangkan beberapa alasan yang sangat kukuh , jadi aku tangguhkan aktiviti mengupdate blog.
Jadi, hari ini, dengan senang hati, aku menulis lagi kerana ketaksuban aku terhadap menaip dengan panjang dan pendek dan keeksaitedan aku untuk share satu benda ni. Eh! Salah. Dua benda.

Niat aku buat entry kali ini adalah kerana errrr.. Nak tunjuk nii.

Alaaa. tengok laa bawah nii. ;)


(1)


(2)

*kalau nak puaskan nafsu kau, click gambar tu 2x okay? x]


SWEET tak kami? HAHAH! :)


Kepada SEMUA peminat dan peng obsess drama Surga Untukmu lakonan Zumi Zola dan Tamara Blezinsky tu, haha. GIGIT JARI jelah korang! heeee :)


Zumi Zola, kamu memang awesome deh! Heeee :)


LOVE ; Fnsyareena. x]
0

senyum



He said :

"I use smileys to make sure my messages don't look rude."

But he sent me a message ;

"hahahaha :D" .


Jadi apa maksud SMILEY itu? -___-



Budak Comot Membebel : orang memang selalu buat aku keliru ; atau selalu biarkan aku buat conclusion sendiri? -.-



Janji aku HAPPY maaaa! x]
0

Biar Titik Jangan Tumpah

Peribahasa mengatakan Biar Titik Jangan Tumpah.
Saya decide nak tukar tempat tuition.
Fullstop. ;)


Budak comot membebel : Next tuition centre , Here I come! :)

PELIK tapi Benar

Terdapat perkara pelik tapi sangat benar dalam dunia ini. Pelbagai andaian dan pelbagai konklusi yang disimpul apabila terdapat perkara-perkara pelik dalam dunia ini.

Di sini aku listkan beberapa perkara yang PELIK tapi BENAR!
Sila baca dan renungkan ;)

1 ) Pagi tadi teman Nenek ke GH. Naik teksi dari rumah ke GH dikenakan sebanyak RM 12. Bila balik dari GH ke RUMAH, dia kau kau pow nenek aku RM14. Pelik kan? Ye. Tapi benar. =.=

2 ) Kelmarin aku ada letak RM10 dalam kotak rotan dekat bilik aku. Masa pagi, aku masih nampak duit tersebut. Bila petang, kelibat kaler oren pun aku tak nampak dah. Hilang macam itu sahaja! Adakah duit kertas Rm10 itu ada kaki dan sesat di hutan belantara? Haishh.
Nak, balik lah nak! Ibu merindui mu! =.='


3 ) Ketika bosan di GH, aku ke kedai majalah berhampiran tempat appointment nenek aku. Aku belek-belek majalah yang terdapat disitu! Aku sangat tertarik dengan Majalah URTV yang berharga RM3.50. Sebab ada gambar abang handsome. Dah keluarkan duit dah untuk beli magazine tersebut. Bosan punya pasal kan? ;') Tiba-tiba aku capai Majalah GALAXIE dan terus bayar RM5 onthespot! Pelik kan? Ye. Tapi masih benar! =.=


4 ) Dalam Majalah GALAXIE tu terdapat BANYAK SANGAT SANGAT gambar Abe Justin Bieber tu. Masalah nya aku tak suka dia. Pelik kan? Ye awak. Tapi masih benar! =.=


5 ) Jiwa aku meronta-ronta percaya yang aku akan dapat Nokia N8 tu! Padahal dah terang lagi bersuluh mak ayah aku taknak belikan. Pelik kan? Yes. Tapi sangat benar! =.=


PALING PENTING!

Balik tadi naik teksi. Ye. aku dah mentioned dah. Masa dah sampai rumah,
NENEK aku ucaplah "terima kasih yaa?" dekat driver teksi tu. Kemudian, driver teksi tu balas balik "Yaa. Sama-sama MAKCIK!" Since umur dia pun aku rasa baya ayah aku, layak sangat dia panggil nenek aku tu as 'Makcik'. Tiba tiba ketika dia hendak memulangkan baki duit kepada aku, dengan selamba dia kata : "Terima kasih ye KAK!"

WAKLUH! -.-


Budak Comot Membebel : Lepas ni aku nak potong rambut macam Emma Watson! Peduli apa aku?! Menci pakcik tu tau! =.=

My Fault. I am so sorry!

Majalah PENA dah di edarkan kepada semua pelajar SMK S*** K******.
Dengan eksaitednya aku edarkan kepada semua ketua kelas.
Mereka terima dengan muka blurr kerana terpaksa angkut 15-30 buah Majalah PENA sorang-sorang.

Tiba tiba aku diberitahu oleh ramai pihak sesuatu yang aku tak nak dan tak mahu dan TAK JANGKA akan berlaku!

1 ) Senarai nama budak-budak cemerlang yang dapat STRAIGHT A's dalam PMR 2009 TIDAK ADA sama sekali.
-macam mana lah nama budak budak ni boleh tak ada? YES. Salah saya. Salah saya. SUMPAH aku tak perasan nama korang tidak ada weh! Kalau aku perasan, memang aku dah betulkan! Takkan lah aku nak hide perkara yang mengharumkan nama sekolah? =.= Sorry dudeee. Please. Forgive me!

2) Gambar bagi kelas 1 IBNU SINA TIDAK ADA jugaa! Sedangkan mereka sudah puas posing bukan main. Yang ini, serious akak tak tahu kenapa gambar korang tak ada! Mungkin pihak percetakan terlepas pandang gambar korang! ;'(

3) Terdapat pelbagai KESALAHAN EJAAN dalam puisi ataupun ulasan dalam Majalah itu. Walaupun aku dan Mazreena dah check, tapi tetap ada kesalahan-kesalahan tersebut. Baik. Itu salah kami. Kami minta maaf! Haishhhh.


KORANG, SUMPAH AKU TAK SANGKA BENDA MACAM NI BOLEH BERLAKU!


Okay, you may blame me. But I can't do anything.
Yes. Aku rasa guilty sangat-sangat. But, everyone makes mistakes.
I realize mine. I'll try my best untuk jadi lebih teliti dan peka selepas ini.

Saya minta maaf dan maaf dan maaf okay? Please.


Budak Comot Membebel ; Lepas ni aku taknak dah pegang apa-apa jawatan. SERIK! -.-

Talipon pegang

Saya nak beli talipon pegang. Mungkin kau takkan faham bahasa ibunda aku. Talipon pegang membawa maksud Telefon Bimbit atau dalam bahasa ibunda hasben aku, membawa maksud Handphone.

Mama saya kata talipon pegang yang aku dambakan itu terlalu mahal untuk aku memandangkan aku hanyalah insan berumur 17 tahun yang bakal menduduki Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Selain itu, aku juga hanyalah insan yang masih dibawah tanggungan mama dan ayah aku. Lalu, dengan bangga mama saya kata "NO WAY DUDEEEE!" Aku terkesima. Tapi tidak mengapa. Saya percaya. Ada rezeki saya untuk memiliki talipon pegang yang lagi hebat dari yang saya dambakan itu! Huh! =.=




Aku yakin dapat yang lagi hebat dari kau, Nokia N8! x]


Doakan saya ya rakan-rakan? x]



Budak comot membebel ; Lately ni mood lukis-lukis datang dengan tibatiba. (^3^)
4

Titik peluh menitik-nitik

Tajuk nak gempak je. Tidak mengapa. Ada makcik dalam mimpi aku pernah cakap, nak tarik perhatian kena pandai buat cerita yang boleh kalahkan otromen. aku tak faham ayat makcik tu. Sebab masa kecik kecik aku layan Doraemon. Tapi budak budak zaman sekarang layan Twilight. Errrk? Tapi tidak mengapa. Aku akan cuba faham dari semasa ke semasa. :)

Titik peluh menitik nitik ni sebenarnya merujuk kepada masterpiece aku yang aku rasa sangatlah masterpiece! Nak tahu kenapa? Sebab aku tak pernah melukis dengan bersungguh sungguh selama aku hidup dekat atas bumi ini. Dan masterpiece yang aku tengah mengata ni adalah masterpiece yang sangat aku hargai dan aku takkan buang. Aku nak jugak tunjuk dekat anak cucu aku nanti. Tak kira!

Nak tengok tak masterpiece aku ni? Mari kosongkan minda dan konsentret eh?


Ni



Hah



Dia!




Eh!




Sabar lah!



TADAAAAAAA!



HeHeHeHe. Sexy kan? x]



Amacam? Sexy tak masterpiece aku? meh gelak perlahan-lahan. Hiks. Hiks.
Sexy kan? aku rasa sexy. aku tak tahu kenapa. aku rasa ramai akan kata comel.
Tapi aku tetap nak cakap masterpiece aku ni sexy. tak tahu kenapa. mungkin kerana kehadiran kucing tu yang sebut RAWrr instead of Meoww kan? HA HA HA!

Sexy kan? Terima kasih.

Sekian dari budak comot. ;)
8

Junior Masterchef.

Tadi aku dan mama mempunyai banyak sangat masa terluang. Lalu kitaorang pun buka channel 711. Ketika itu program Junior Masterchef sedang keudara.

Mari aku cerita kan serba sedikit tentang program ini.

Program ini bukanlah program yang sangat membuang masa korang ataupun aku seperti mana program-program yang telah sedia ada dekat Malaysia ni. Program ni sebenarnya program orang tua masak-masak. Tapi diorang kira buat exclusive punya season lah kasi budak-budak pula yang tunjuk skill masak-memasak.
So, seramai 50 contestants mengambil bahagian. Setiap sesi ada 10 orang akan masak dan 4 orang daripada 10 tu akan dipilih berdasarkan kesedapan, kelazatan, keenakan, kehebatan skill, kecermatan dan ketelitian diaorang ketika memasak yang diberi masa selama 45 minutes sahaja. Dan perkara ini ada berlanjutan sehinggalah judges tu dapat pilih 20 orang. Then. dorang kena lah masak dan masak dan masak sampai kembungkan perut judges tu. Ahaaa.
Takde laa. Ada lah peringkat by peringkat yang dorang kena hadap. heee
Jadi kawan, program seperti ini harus diadakan di Malaysia. Jadi, bergunalah jugak budak budak tu jadi budak,kan? ;)

And.....

(0.o)

(=.=)


(O.O)



Aku sangat SANGAT sangat SANGAT terkejut dan impressed tengok skill dan menu yang diaorang masak. Serious sh*tttt.
And what I impressed most ialah umur diaorang itu sangat muda woiii.
Makcik Kiah, Makcik Senah semua, dengar ni. Umur diaorang ni sangat mudaa!

8 tahun, 9 tahun, 10 tahun, 11 tahun, 12 tahun. WOW!

Muda gilaaa. Aku tak percayaaa. Serious aku macam terkejut and kagum sangat sangat.

Yelah, kau bayangkanlah kalau dekat Malaysia ni, umur 8 tahun tu baru nak belajar main basikal.
Dekat Australia nun, umur 8 tahun dah reti masak-memasak. Dah tu bukan masak meggi instant. Masak yang agak-agak kita pun takut nak makan. Tapi nak jugak makan. Haiyoo. Macam mana tu? Huuu.
Tapi serious laa kawan.
Tiba tiba aku rasa macam nak jadi 8 tahun semula dan belajar masak dan masuk competition tu weh.
Serious. Tiada tipu daya. Serious laa. aku serious. haish.

Bila dunia nak maju ni woiii? -.-

Nak tengok tak betapa mouth-watering nya makanan dorang ni? Meh sini.


PERHATIAN!
1) Sila pastikan anda sediakan tisu or sapu tangan. Kerana bibir atau dagu anda pasti akan penuh dengan air liur. Euwwwwwww x] Aku tak nak tanggung mimpi ngeri weh.
or
2) Pastikan anda sudah kenyang! Jika tidak, pasti kau akan menyusahkan mak kau. Minta macam-macam. haish.


Dah sedia? Let's go! :)




Gout De La Mer



Chocolate foundant with Raspberry




Sponge cake with Strawberry and Cream




Baklava




Garlic Prawns





Fish Cake Vietnam.




Lemon Meringue




Lemon Lime Curd Tart


So, macam mana? Meleleh tak air liur?
YUMMY! kan?
Haaaa.
Kempunan lah kau sorang-sorang lepas ni. HAHA :)




Budak Comot Membebel ; How I wish I were one of the judges! Yummyyyyyy! (^3^)

Kerja Rumah.

Homeworks. yes.


H.O.M.E.W.O.R.K.S.S.S.S


--> I know you love me. But please, jangan lah ganggu saya kerap sangat. Saya juga perlukan masa untuk merelakskan minda dan jiwa. Please? Awak sayang saya,kan? And hell yeah. So do I. I love you too. Sayang. Sayang sangat-sangat. But please? Could you please give me some time for relax? Ahaaa :)


mula-mula masuk kelas semangat lah buat list segala macam bawah ni ;







bila sampai je rumah, myself turned like this ;



Tulah! Rajin sangat buat list. haiyooo amoii! -.o


Budak Comot Membebel ; Kerja rumah menggunung. Bila nak start mendaki ni? =.=
0

Adoii.

Adoi akak, takkan lah semua nak cerita dekat orang? Adoii. Tapi tidak mengapa lah akak. Saya faham.
Orang tengah fofulerr. Takpe takpe. Nanti tiba time saya juga. Tidak mengapa. Saya tak jeles. Isk Isk Isk! ;'(




Budak comot cakap ; Bila lah blog aku nak femes macam blog akak tu? Kena tunggu boyfriend jadi DJ kot? ahaks. ;)
Back to Top