PELIK tapi Benar

Terdapat perkara pelik tapi sangat benar dalam dunia ini. Pelbagai andaian dan pelbagai konklusi yang disimpul apabila terdapat perkara-perkara pelik dalam dunia ini.

Di sini aku listkan beberapa perkara yang PELIK tapi BENAR!
Sila baca dan renungkan ;)

1 ) Pagi tadi teman Nenek ke GH. Naik teksi dari rumah ke GH dikenakan sebanyak RM 12. Bila balik dari GH ke RUMAH, dia kau kau pow nenek aku RM14. Pelik kan? Ye. Tapi benar. =.=

2 ) Kelmarin aku ada letak RM10 dalam kotak rotan dekat bilik aku. Masa pagi, aku masih nampak duit tersebut. Bila petang, kelibat kaler oren pun aku tak nampak dah. Hilang macam itu sahaja! Adakah duit kertas Rm10 itu ada kaki dan sesat di hutan belantara? Haishh.
Nak, balik lah nak! Ibu merindui mu! =.='


3 ) Ketika bosan di GH, aku ke kedai majalah berhampiran tempat appointment nenek aku. Aku belek-belek majalah yang terdapat disitu! Aku sangat tertarik dengan Majalah URTV yang berharga RM3.50. Sebab ada gambar abang handsome. Dah keluarkan duit dah untuk beli magazine tersebut. Bosan punya pasal kan? ;') Tiba-tiba aku capai Majalah GALAXIE dan terus bayar RM5 onthespot! Pelik kan? Ye. Tapi masih benar! =.=


4 ) Dalam Majalah GALAXIE tu terdapat BANYAK SANGAT SANGAT gambar Abe Justin Bieber tu. Masalah nya aku tak suka dia. Pelik kan? Ye awak. Tapi masih benar! =.=


5 ) Jiwa aku meronta-ronta percaya yang aku akan dapat Nokia N8 tu! Padahal dah terang lagi bersuluh mak ayah aku taknak belikan. Pelik kan? Yes. Tapi sangat benar! =.=


PALING PENTING!

Balik tadi naik teksi. Ye. aku dah mentioned dah. Masa dah sampai rumah,
NENEK aku ucaplah "terima kasih yaa?" dekat driver teksi tu. Kemudian, driver teksi tu balas balik "Yaa. Sama-sama MAKCIK!" Since umur dia pun aku rasa baya ayah aku, layak sangat dia panggil nenek aku tu as 'Makcik'. Tiba tiba ketika dia hendak memulangkan baki duit kepada aku, dengan selamba dia kata : "Terima kasih ye KAK!"

WAKLUH! -.-


Budak Comot Membebel : Lepas ni aku nak potong rambut macam Emma Watson! Peduli apa aku?! Menci pakcik tu tau! =.=

1 comments:

Keretapi said...

hahah, entry ni kelakar oh.

paling tak boleh blah yang pasal Galaxie tu, camnelah boleh salah beli?

tapi part yang awak tak suka Abe Bieber tu, itu tidak pelik. tidak pelik sama sekali. itu normal. hahah

Back to Top