0

Nice Moments di Campingg :)

Hello and Assalamualaikum to all my friends ! :)
Nak update blog nihh!
Heee :)

Hari jumaat hari tu, aku bermain game UNO bersama rakan-rakan.
Kebetulan, ketika itu Mr Twilight berada dalam Surau.
Aku memenangi game itu lalu menjerit UNO GAME secara kuat teramat sangat!
gembira laa. dapat kalahkan NORAINI ! haha :)
Then, Kaizen and semua tegur aku.
"eena! eena. control2. Dia kat depan kau je. Dia pandang tuu!"
Aku dah seperti " hah?!!"
And aku pandang dia lalu aku buat PEACE !
Dia tersenyum.
Aku tak pasti kenapa dia tersenyum.
mungkin kerana mentertawakan sikap aku yang teruk itu?
Lalu tersenyum sinis?
Ntah! Tak nak buat kesimpulan sendiri -_-"


And rakan-rakan, pada hari yang sama, Jumaat , iaitu 23/10/2009 - Sabtu , 24/10/2009, aku pergi camping!
Kat sekolah je. tak leh gi jauh2! Mama tak kasi. nanti kena gigit nyamuk. haha :)
kami berkumpul di sekolah pukul 3-3.00 ptang.
Sebelum datang sekolah, hati aku berdebar tahap gaban.
Sumpah. Bila aku fikirkan mr Twilight aku berdebar gilaa.
Dalam hati ade gak membebel "dia follow ke tak?"
Then, sampai2 sekolah je, hujan turun dengan lebat gila gabann!
Then, kitaorang ke surau. berkumpul.
Duhhh!
Elok2 je aku nak ubah tempat duduk, mata aku nampak kelibat si dia!
Segak berbaju kemeja-T kuning.
Ngeee !
Aku pon apa lagi. tak keruan lah duduk.
mana tak nya, nervous gilaa.

Okay, then, sesi memilih Penghulu and Penghuluwati.
Mereka mancadangkan nama aku, mazreena dan Atikah untuk menjadi penghuluwati.
aku relax je laa.
sebab dah tahu takkan dapat punya.
Setelah sesi mengundi,
Tiba-tiba, nama aku disebut oleh ustaz, aku dipilih.
Alhamdulillah laa.
Sebab tak sangka diri aku diterima oleh diorang semua :)

Setelah solat asar, ada sesi beriadah bersama Sir Loganathan!
kami belajar permainan baru!
Permainan orang India, KABADI !
Haha :)
Seronok game itu!
menghiburkan!
Sungguh!
Haha :)

Pada malamnya, selepas solat Isyak, ada ceramah sedikit.
penceramah dia agak best. tapi tidak dapat menarik minat aku untuk dengar.
Nak tak nak, terpaksalah dengar kan? hee :)
Seterusnya, kitaorang berkawad di Bengkel Pertanian.
bayangkan, berkawad pada waktu malam?
and hell yeah, cermin mata aku berkabus dan aku berpeluh sakan di dalam sweater yang aku pakai semata-mata untuk menutup lengan aku. wahaha :)
Panas and sangat tak selesa!
Tapi, seronokk! Sebab komander dia sangat sporting and BEST gilaa!
nama beliau Mat Jantan. Nak special order, panggil MJ. haha :)
Dia hadir bersama-sama anaknya, Zuriani. SANGAT CANTIK! Putih gila and perghh!
SUMPAH seronokk sangat activty bersama dengan komander tu! :)
Aku terhibur and Yassin sangat jealous dengan aku sebab apa-apa je yang Komander tu tanya, aku dapat jawab even adalah salah sikit. wahah :D
*sorry Yassin! :)*

Activity bersama komander itu tamat pada pukul 12 malam :)
Cikgu Azman siap recommend Ustaz2 yang single kat Kak Zuriani lagi tuu.
And that time, i was like "Huh? What the..?" Jealous laa. :(
mana taknya, Mr Twilight itu tergolong sekali dalam kategori ustaz2 yang single! grrrr.
Kemudian, kitaorang pon balik ke tempat kediaman.

Tiba-tiba pada pukul 12.55 a.m , wisel berbunyi dengan nyaring!
Aku time tu sedang berbaring2 menjerit suruh semua bangun untuk turun.
Semua dah gelabah dah!
Apahal la kan..?

Sampai je Bengkel pertanian, ustaz Khairul beritahu ada activity KEMBARA MALAM.

Kitaorang dikehendaki mencari Minyak Wangi yang terletak di dalam Kasut yang berbau longkang dan calitkan dilengan seterusnya pulang ke tapak letak kereta.

And hey ! WHAT THE H***?!
Aku dah lah lemah semangat !
Pastu nak suruh aku jalan sorang2 dekat koridor sekolah tingkat 3 yang gelap gelita + semua lampu bangunan sekolah dipadamkan termasuk surau + suasana yang berdekatan pokok2 besar?!
yang ada hanyalah sumber cahaya daripada BULAN and lampu bangunan sekolah berdekatan.
Semua dah cuak gilaa!
Surah2 Al-quran yang dihafal semuanya telah dibaca bagi merelaxkan gundah dihati!
Tiba-tiba terdengar Mr Twilight cakap dkt budak2 lain, " Ini antara awak dengan Tuhan "
Aku dah macam "huh? sabar je laaa. aku dah lah cuakk!"

Then, tiba-tiba aku dipilih oleh Ustaz Fadzli untuk melaksanakan tanggungjawab itu.,
Sepanjang perjalanan mengharungi koridor2 tersebut, aku membaca Ayat Kursi.
Aku ingat dekat ALLAH, Mama, Ayah, Kak Long, Mak, Mr TWILIGHT and kawan-kawan.
Tiba-tiba, aku terdengar suara orang bercakap2. Kemudian, aku jumpa kasut tersebut. Lepas aku calitkan dilengan, aku blah!
Sekali lagi, aku diduga.
Aku terdengar orang ber "ssssssssss" di hadapan kelas 4Akaun.
Seterusnya, duit syiling terjatuh.
Aku tabahkan hati dan terus berjalan.
Sampai sahaja ditangga, aku terdengar meja diketuk dengan kuat.
aku pandang ke dalam kelas itu lalu memberi salam.
kemudian, turun dengan laju.
and you know what?
Mr Twilight menanti pelajar2 yang dah selesai di tapak letak kereta!
No wonder lah dia hilang! haha :)
Actually, yang aku dengar semua itu adalah kerja senior2 kitaorang . Budak2 form 5.
Hahahaha :) bengong laa. I nervous tauu! jahat la you olss ni! haa :D

Keesokan paginya, ada jogging.
Then, ada ativity memasang khemah!
Kemudian, ada ceramah pertolongan cemas.
And habis je activity tu, acara penutup!
Kami lepak makan tengah hari dahulu before balikk.
Aku dengan semangat kentalnya, suruh Mr Twilight pose untuk tangkap gambar padahal time tu dia sedang makan.
hahah :)
Dia pon pose je laa. jaga hati anak muridnya.
Wahahah :D

Then, semasa sedang tunggu ayah ambil, aku paksa Yassin and Hakimi teman aku.
kebetulan Lukman ada. Kami lepak laa.
Tiba-tiba aku ternampak kelibat Mr Twilight !
Then, yassin and kimi menggedik panggil dia !
Aku dah segan tahap gabann!
Mereka bersembang seketika sebelum Mr twilight masuk semula ke kawasan sekolah.
And adalah sesuatu yang terjadi selepas itu yang aku segan nak cerita sebab aku TERKILAN! huwaaaaa!
Hanya Yassin, Hakimi and Luqman je yang tahuu!
aku nak sangat bersembang dengan dia ohh!.
*Please please please, kalau ade time machine, memang aku curik senyap2 ohh. huhu. -_-"
Tak lama lepas tu, ayah tercinta sampai.
Aku balik la dengan hati yng girang+terkilan sedikitt!
habis semua orang aku call nak cerita kan pengalaman aku spent time with Mr Twilight selama 1 hari ! hahahahaha :)
Then, aku tidur and malam tu keluar makan with family!
And and and, aku dah penat menaip!
Dah macam karangan!
Aduhh !
Kan best kalau karangan BM aku masa PMR tu sebagus essay aku di blog ini? Haha ! :)
Sebenarnya, banyak lagi perkara yang sangat menarik berlaku!
Banyak sangat!
Tapi, takkan lah nak cerita semua kan?
mahu juling mata u olss baca. Haha :)
Lagi pun, tangan penat lah nak taipp.
Biarlah kenangan itu tersimpan, terlekat kat hati aku. :)
I miss that moments ouhh! :)

And korangg, aku sangat takut untuk menunggu hari Jumaat yang akan datang ini, 30/10/2009.
Kerana pada hari itu, Mr Twilight akan pergi daripada sekolah dan meneruskan kehidupannya sebagai guru atau menukar kerjaya dan meneruskan cita-citanya sewaktu kecil di tempat lain.
and aku?
and aku akan cuba menahan air mata. HAHAHAHAHAHAH!
Jiwang gila gaban!!! :)


Okaylah! tangan dah lenguh ! Tata !
Assalamualaikum ! :)




p/s ; Mr Time, can you walk slowly? or kalau boleh, can you crawl slowly ? -_-"

0 comments:

Back to Top