Kertas Ujian Pendidikan Islam.

Assalamualaikum and Hai.

Perhatian!
Entry kali ini penuh dengan kekecewaan dan kesedihan Eena.

Hari ini exam.
22.5.2009 bersamaan hari Jumaat.
Kertas pertama merupakan kertas Pendidikan Islam.

Eena baca doa banyak2 and jawab kertas soalan.
Ada la few question yang Eena tak boleh jawab and ada lah beberapa soalan yang Eena mampu jawab.

Kesedihan dan kekecewaan itu bermula apabila......

Kertas soalan tu ada 2 bahagian. Iaitu :
  • Bahagian A
  • Bahagian B


KESALAHAN 1 :


***Bahagian A kena pilih 1 soalan darpada 2 soalan.
Setiap 1 soalan ada lagi bahagiankecik kecik iaitu A and B.
Eena yang PANDAI SANGAT ni, pergi buat
untuk soalan 1, Eena jawab A.
Untuk soalan 2, Eena pilih A jugak.
Padahal if Eena ambil SOALAN 1, Eena just jawab A and B untuk SOALAN 1 je laaa.
Toksah sentuh SOALAN 2.
Tapi Eena gatal gi buat kedua-dua bahagian A untuk kedua dua soalan.
Haishh.
Kan dah menyimpang cara jawab?? hurmm.

Itu baru satu kesalahan.



KESALAHAN 2


***Eena tak baca untuk Bab BERIMAN DENGAN KITAB-KITAB SUCI , Tingkatan 2.
Eena pun jawab je la melalut gila bagi soalan :

Mengapakah ALLAH menurunkan Al Quran secara beransur-ansur kepada Rasulullah ?

Sangat mengarut jawapan yang Eena bagi.
Tak ada kena mengena langsung jawapan dengan soalan yang dikehendaki.
Haishhh..
Because time tu otak ngah blank.
Tak tahu nak letak apa..
Haishh..


KESALAHAN 3


***Kesalahan ke-3 yang Eena perasan,
Soalan tu berbunyi ; Siapakah suami kepada Saidatina Aisyah ?
Eena mula-mula dah jawab : Muhammad.
Tiba-tiba gatal gi tambah BIN ABDUL MUTALIB!
Dushhh!
Sejak bila Abdul Mutalib jadi Bapa Nabi Muhammad ?
Sumpah sedih tadi.
Memang malu sangat dengan jawapan Eena.

Ya ALLAH.
Eena sangat sedih bila dapat tahu kesalahan-kesalahan yang Eena buat tu.
Harap-harap Ustazah faham kenapa Eena salah buat.
Maafkan saya !
Hurmm.

Eena rasa, Eena tahu kenapa Eena boleh salah buat untuk kesalahan 1 tadi tu.
Sebab, masa Form1 , Damia pun buat macam Eena buat tu.
So, bila kitaorang tahu Damia buat macam tu,
Biasalaaa..
Kitaorang bahan dia cukup2.
Gelakkan dia.
Pergghhhh..
Sekali, Eena yang kena.
Itu lah.
Dunia ni memang mempunyai HUKUM KARMA yea kawan-kawan!
Astagfirullahalazim.....


Lepas ni nak kena banyakkan membaca dan memahami segala mata pelajaran.
Supaya kesalahan-kesalahan yang terjadi hari ini tak berulang lagi.

Korang yang membaca, DOAKAN EENA yea ?
Kita sama-sama mendoakan satu sama lain :)

*kalau korang nak gelakkan Eena sebab kesalahan-kesalahan yang Eena dah lakukan tu, gelak laaa. Tak kisah. Dah memang Eena buat gitu. na buat macam mana? masa tak bokeh diputar. :)


Okaylah. Terima Kasih sudi meluangkan masa!

Bye. Assalamualaikum.


p/s : Kena belajar dari kesilapan. Learn from making mistakes.

1 comments:

damia said...

moral of the sorry :

jgn suke gelakkn org ..
hahah ..

tp siyes ckap aq ta pnah kesah pun korunk ejek2 aq dolu .
xde niat suh allah balas ..
tp yg kite tahu .. allah maha adil right ??

Back to Top