Twitter

Okay. Dah lama gila aku tak update blog. Niat dihati memang nak update. Tetapi memandangkan beberapa alasan yang sangat kukuh , jadi aku tangguhkan aktiviti mengupdate blog.
Jadi, hari ini, dengan senang hati, aku menulis lagi kerana ketaksuban aku terhadap menaip dengan panjang dan pendek dan keeksaitedan aku untuk share satu benda ni. Eh! Salah. Dua benda.

Niat aku buat entry kali ini adalah kerana errrr.. Nak tunjuk nii.

Alaaa. tengok laa bawah nii. ;)


(1)


(2)

*kalau nak puaskan nafsu kau, click gambar tu 2x okay? x]


SWEET tak kami? HAHAH! :)


Kepada SEMUA peminat dan peng obsess drama Surga Untukmu lakonan Zumi Zola dan Tamara Blezinsky tu, haha. GIGIT JARI jelah korang! heeee :)


Zumi Zola, kamu memang awesome deh! Heeee :)


LOVE ; Fnsyareena. x]
0

senyum



He said :

"I use smileys to make sure my messages don't look rude."

But he sent me a message ;

"hahahaha :D" .


Jadi apa maksud SMILEY itu? -___-



Budak Comot Membebel : orang memang selalu buat aku keliru ; atau selalu biarkan aku buat conclusion sendiri? -.-



Janji aku HAPPY maaaa! x]
0

Biar Titik Jangan Tumpah

Peribahasa mengatakan Biar Titik Jangan Tumpah.
Saya decide nak tukar tempat tuition.
Fullstop. ;)


Budak comot membebel : Next tuition centre , Here I come! :)

PELIK tapi Benar

Terdapat perkara pelik tapi sangat benar dalam dunia ini. Pelbagai andaian dan pelbagai konklusi yang disimpul apabila terdapat perkara-perkara pelik dalam dunia ini.

Di sini aku listkan beberapa perkara yang PELIK tapi BENAR!
Sila baca dan renungkan ;)

1 ) Pagi tadi teman Nenek ke GH. Naik teksi dari rumah ke GH dikenakan sebanyak RM 12. Bila balik dari GH ke RUMAH, dia kau kau pow nenek aku RM14. Pelik kan? Ye. Tapi benar. =.=

2 ) Kelmarin aku ada letak RM10 dalam kotak rotan dekat bilik aku. Masa pagi, aku masih nampak duit tersebut. Bila petang, kelibat kaler oren pun aku tak nampak dah. Hilang macam itu sahaja! Adakah duit kertas Rm10 itu ada kaki dan sesat di hutan belantara? Haishh.
Nak, balik lah nak! Ibu merindui mu! =.='


3 ) Ketika bosan di GH, aku ke kedai majalah berhampiran tempat appointment nenek aku. Aku belek-belek majalah yang terdapat disitu! Aku sangat tertarik dengan Majalah URTV yang berharga RM3.50. Sebab ada gambar abang handsome. Dah keluarkan duit dah untuk beli magazine tersebut. Bosan punya pasal kan? ;') Tiba-tiba aku capai Majalah GALAXIE dan terus bayar RM5 onthespot! Pelik kan? Ye. Tapi masih benar! =.=


4 ) Dalam Majalah GALAXIE tu terdapat BANYAK SANGAT SANGAT gambar Abe Justin Bieber tu. Masalah nya aku tak suka dia. Pelik kan? Ye awak. Tapi masih benar! =.=


5 ) Jiwa aku meronta-ronta percaya yang aku akan dapat Nokia N8 tu! Padahal dah terang lagi bersuluh mak ayah aku taknak belikan. Pelik kan? Yes. Tapi sangat benar! =.=


PALING PENTING!

Balik tadi naik teksi. Ye. aku dah mentioned dah. Masa dah sampai rumah,
NENEK aku ucaplah "terima kasih yaa?" dekat driver teksi tu. Kemudian, driver teksi tu balas balik "Yaa. Sama-sama MAKCIK!" Since umur dia pun aku rasa baya ayah aku, layak sangat dia panggil nenek aku tu as 'Makcik'. Tiba tiba ketika dia hendak memulangkan baki duit kepada aku, dengan selamba dia kata : "Terima kasih ye KAK!"

WAKLUH! -.-


Budak Comot Membebel : Lepas ni aku nak potong rambut macam Emma Watson! Peduli apa aku?! Menci pakcik tu tau! =.=

My Fault. I am so sorry!

Majalah PENA dah di edarkan kepada semua pelajar SMK S*** K******.
Dengan eksaitednya aku edarkan kepada semua ketua kelas.
Mereka terima dengan muka blurr kerana terpaksa angkut 15-30 buah Majalah PENA sorang-sorang.

Tiba tiba aku diberitahu oleh ramai pihak sesuatu yang aku tak nak dan tak mahu dan TAK JANGKA akan berlaku!

1 ) Senarai nama budak-budak cemerlang yang dapat STRAIGHT A's dalam PMR 2009 TIDAK ADA sama sekali.
-macam mana lah nama budak budak ni boleh tak ada? YES. Salah saya. Salah saya. SUMPAH aku tak perasan nama korang tidak ada weh! Kalau aku perasan, memang aku dah betulkan! Takkan lah aku nak hide perkara yang mengharumkan nama sekolah? =.= Sorry dudeee. Please. Forgive me!

2) Gambar bagi kelas 1 IBNU SINA TIDAK ADA jugaa! Sedangkan mereka sudah puas posing bukan main. Yang ini, serious akak tak tahu kenapa gambar korang tak ada! Mungkin pihak percetakan terlepas pandang gambar korang! ;'(

3) Terdapat pelbagai KESALAHAN EJAAN dalam puisi ataupun ulasan dalam Majalah itu. Walaupun aku dan Mazreena dah check, tapi tetap ada kesalahan-kesalahan tersebut. Baik. Itu salah kami. Kami minta maaf! Haishhhh.


KORANG, SUMPAH AKU TAK SANGKA BENDA MACAM NI BOLEH BERLAKU!


Okay, you may blame me. But I can't do anything.
Yes. Aku rasa guilty sangat-sangat. But, everyone makes mistakes.
I realize mine. I'll try my best untuk jadi lebih teliti dan peka selepas ini.

Saya minta maaf dan maaf dan maaf okay? Please.


Budak Comot Membebel ; Lepas ni aku taknak dah pegang apa-apa jawatan. SERIK! -.-

Talipon pegang

Saya nak beli talipon pegang. Mungkin kau takkan faham bahasa ibunda aku. Talipon pegang membawa maksud Telefon Bimbit atau dalam bahasa ibunda hasben aku, membawa maksud Handphone.

Mama saya kata talipon pegang yang aku dambakan itu terlalu mahal untuk aku memandangkan aku hanyalah insan berumur 17 tahun yang bakal menduduki Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Selain itu, aku juga hanyalah insan yang masih dibawah tanggungan mama dan ayah aku. Lalu, dengan bangga mama saya kata "NO WAY DUDEEEE!" Aku terkesima. Tapi tidak mengapa. Saya percaya. Ada rezeki saya untuk memiliki talipon pegang yang lagi hebat dari yang saya dambakan itu! Huh! =.=




Aku yakin dapat yang lagi hebat dari kau, Nokia N8! x]


Doakan saya ya rakan-rakan? x]



Budak comot membebel ; Lately ni mood lukis-lukis datang dengan tibatiba. (^3^)
Back to Top