2

Guitar aku.

Aku ada guitar. Guitar tu aku punya. Aku beli guitar itu. Guitar itu aku beli guna duit aku. (duit aku tu datangnya dari mama. mama kasi aku. pucuk pangkal, duit tu mama punya sebenarnya. haish.) Guitar yang aku beli itu hari macam mengada-ngada.

Mengada-ngada dia ni bukan macam girlfriend kau mintak cincin tunang or mintak bunga. Tapi ngada-ngada guitar aku ni macam merajuk je. Merajuk sebab bukan profesional macam ABANG tu yang jadi tuan dia. Malangnya makhluk ALLAH yang expert dalam bidang bantai tidur time petang ni je yang jadi tuan dia. haish. Pasti dia pasrah sepanjang hidup dia.



agak agak macam ni lah aku bantai tidur time petang. kau jealous tak? x]


Aku tak tahu lah nak cakap macam mana. Tapi, setiap kali aku strum tali tu, mesti bunyi lain yang keluar. Agak-agak bunyi perut aku time lapar pun lagi sedap. Haish. Aku tak tahu kenapa dia mengada-ngada sangat. Aku dah tuned dua kali dah. twice. (2x). Tapi, kenapa setiap kali aku nak mendendangkan lagu-lagu jiwang macam lagu Justin Bibir tu, mesti lagu lain yang muncul secara tiba tiba. Kira dalam Bahasa Inggeris nya out of blue katanyaaa. Tiba-tiba bunyi bunyian lain yang menjadi halwa telinga aku. Haish.

Aku bukan nak cakap aku tak pandai main guitar. Tapi aku memang tak tahu main guitar. Aku nak main guitar. Aku nak belajar main guitar. Tapi aku malas yang amatlah nak pergi kelas music. adoii. Orang kata boleh main guitar kalau ada usaha plus rajin skodeng dekat youtube cara orang main. Tapi agak-agak kau kalau lah aku yang tak reti satu jadah pun pasal guitar ni tiba tiba terjun tengok orang cover mana-mana lagu dengan speed jari dia tuka dari satu chord ke satu chord macam tak terkira velocity nya, kau rasa mampu ke aku faham plus tangkap plus catch up? Haish sekali lagi.

Jadi, dengan ini, saya sebenarnya nak cakap, saya tak reti, tak tahu menahu untuk main guitar tapi gatal nak beli guitar padahal mak saya dah bertungkus lumus memarahi saya agar tidak membeli menatang tersebut! :sadis! Itu bukan menatang, mama. Itu Guitar! Guitar tu orang main petik petik kasi keluar bunyii!: :memberontak!:
Haish.





mama, lebih kurang macam ni lah guitar. Ini lah menatang yang mama dok tak kasi adik beli tempoh hari. Ini lah mamaaaa! *acting seperti mak aku tak tahu pula guitar tu apa kan?* =___='



Jadi, sekali lagi aku nak umumkan lah ini, kot kot siapa-siapa, anak siapa-siapa yang tengah cari benda lain tiba-tiba secara sengaja atau tidak sengaja membuka blog dan terbaca mengenai entry aku yang spesel kali ini, kepada siapa-siapa yang sangat expert main guitar (bukan pegang guitar!), sila sila lah mengoffer diri untuk menjadi Sensei kepada aku.
Kakakkkkk, Abangggg, Boleh takkkkk? *kelip kelip mata. goda goda.*


Mood : Nak main guitar macam main batu seremban masa kecil-kecil cili padi masa dulu kala tu. x]

2 comments:

damia said...

kenap nama justin bieber perlu dipacak ???

haiisshh !!
eja salah pulak tuh! justin bieber laaa ~

Syareena Rahmat said...

Lahh! salah eja ke? aku fikir eja macam tu. HAHAHA!

btw, nama dia perlu dipacak kerana ada masalah teknikal. maaf. HAA

Back to Top