3

Bola Sepak Malaysia.

Tajuk macam bosan sangat kan? Mesti kau dah dapat agak. Tapi tidak mengapa. Hati aku meronta-ronta untuk bercerita sesuatu yang kau mungkin akan naik bosan. Tapi tidak mengapa. Aku tetap akan menulis perkara tersebut.


*gambar ini berjaya dicilok daripada laman sosial Facebook Khairul Fahmi. sekian.


Aku ni bukanlah jenis yang suka sangat layan bola sepak. Tapi kadang-kadang tu bila orang layan, aku pun join lah layan. Kalau tak layan orang cop aku tak jiwa kental pulak,kan? Jadi, baru baru ini aku dikhabarkan bahawa Malaysia telah membantai Indonesia dengan 3 goal berbalas 0 oleh Indonesia. Aku dengar khabar saja kerana pada waktu dan detik kejadian aku tidak berkesempatan untuk menonton siaran langsung perlawanan tersebut. kerana aku berada di Melaka atas urusan rasmi yang tidak mampu aku tolak.

ya. aku tahu. ayat aku berubah terlalu drastik. sila hayati bait bait perkataan seterusnya.

Bila aku tahu Malaysia bantai Indonesia 3-0, perghh! BANGGA kejap aku! Err, kejap je lah. Kemudian aku kembali risau. Bagaimana lah keadaannya nanti apabila dorang lawan dekat GBK? Bagaimana dengan segala ugutan-ugutan yang telah di declare oleh warga Indonesia? bagaimana mereka menangani segala godaan apabila seorang peghibur Indonesia ( namanya terpaksa aku rahsia kan atas alasan tidak mahu duit aku habis atas saman yang bakal beliau kenakan atas diriku ini. ) telah bergurau senda dan bercanda akan memakai coli yang penuh dengan laser dengan niat agar mata semua pemain bola sepak Malaysia akan menjadi BUTA melihat apa yang ada disebalik coli tersebut. Oh. Sungguh tak patut. Aku tak setuju tindakan penghibur tersebut. Oh.

kembali kepada cerita sebenar.

Tiba masa mereka berlawan di GBK.
Aku sungguh gementar. Yelah. kau bayangkan lah weh baru minit ke berapa Indon dah dapat penalti! Kau bayangkan? nervous gila aku lahh!
Tetapi, apabila mereka TIDAK berjaya menjaringkan gol, aku berasa lega lalu menangis. Air mata aku mengalir lembut dipipi ku. Oh. aku tak tipu lahh. aku jujur ikhlas lagi ni. Isk.
Dan seterusnya Malaysia berjaya menjaringkan satu gol dengan hanya seorang penyerang sahaja yang berada di gawang goal Indon pada ketika itu. Oh, aku menjerit kegembiraan. Tetapi tidak lama kerana selepas itu geng Garuda dah mula keluarkan paruh.
Tidak mengapa. Meraka BERJAYA juga di kalahkan oleh Harimau Malaya yang sedang kelaparan. Oh.

Malaysia - 4

Indonesia - 2


YA! Malaysia menang! Akhirnya ;)
Alhamdulillah. Segala caci maki yang terdapat di laman sosial Twitter mahupun Facebook dan sebagainya telah berjaya dihentikan oleh kemenangan Malaysia ini.
Jujur cakap aku tak rasa puas sangat. Sebab dekat GBK Malaysia dapat 1 goal je. Indon bantai 2 goal. Aduh. tapi tidak mengapa.
Aku tahu apa maksud ADIL. :)
Cukup lah Malaysia menang di tanah tumpah darah ku ini.
Dan Indonesia menang di negara mereka.
Adil. Cukup Adil. ;)

Apa-apa pun, harapan setiap rakyat Malaysia agar player Malaysia ni tak mudah lupa diri laa. Baru menang sekali je bang oi after zaman zaman Mokhtar Dahari. Tapi tidak mengapa.
Anda semua boleh menikmati nikmat ini. Tapi jangan sampai lalai ya?


--> Orang kata Harimau Malaya dah bangun dari tidur and sedang mengaum. Harap-harap dia dapatlah makan 'makanan' yang sepatutnya. ;)




Syabas ya skuad Malaysia! :)


p/s ; Dengar kata lepas result Malaysia menang, KeDuBes tibatiba blackout. Sabotaj ke? Takpe. Torchlight dekat sana murah murah. Takpun boleh pinjam je laser yang dorang guna untuk suluh Encik Khairul Fahmi tu. x]

3 comments:

ZWAN SABRI said...

Yeah! syabas kepada pasukan Malaysia..
btw, siapa artis yang nak pakai coli laser tuu? HAHA

Syareena Rahmat said...

yeah! syabas! Oh, tak tahu ke? makcik kepada seorang budak tu punya mak angkat then ada kaitan dengan pakcik sedara and adik angkat yang last punya adik beradik sekali gus jadi mak tiri sorang budak tu. -.-

Takkan tak tahu? Isk. sugguh terharu.

Perfect Two ^_^ said...

khairul fahmi ! hebat laaahhh ! auuww ! :)

Back to Top