2

Siapa wanita tanpa lelaki, Siapa lelaki tanpa wanita.



Jangankan lelaki biasa, Nabi pun terasa sunyi tanpa wanita
Tanpa mereka, hati, fikiran dan perasaan lelaki akan resah
Masih mencari walaupun ada segalanya

Apa yg tidak ada dalam syurga? Namun Adam tetap rindukan Hawa
Pada wanitalah lelaki panggil ibu, isteri atau pun puteri
Dijadikan wanita dari tulang rusuk yang bengkok
Untuk diluruskan oleh lelaki

Tapi kalau lelaki sendiri tidak lurus...
Mana mungkin kayu yang bengkok menghasilkan bayang-bayang yang lurus
Luruskan wanita dengan jalan yang ditunjukkan Allah
Kerana mereka dicipta sebegitu rupa oleh Allah
Didiklah mereka dari panduan dariNya

Janganlah cuba menjinakkan mereka dengan harta
kerana nantinya mereka semakin liar
Janganlah menghiburkan mereka dengan kecantikan
nantinya mereka semakin menderita

Yang sementara itu tidak dapat menyelesaikan masalah
Kenalkan mereka kepada Allah, Zat yang kekal
Di situ punca bagi kekuatan manusia

Wanita
Akal setipis rambutnya,
tebalkan ia dengan ilmu.
Hatinya serapuh kaca,
kuatkanlah dengan iman.
Perasaannya selembut sutera,
hiasilah dengan akhlak.

Suburkanlah ia kerana dari situlah nanti mereka akan lihat nilaian dan keadilan

Ya Allah
Bisikkan ke telinga mereka
Bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan
Ia bukan diskriminasiMu
Sebaliknya di situlah kasih sayangMu

Wanita yang lupa hakikat kejadiannya
Pasti tidak terhibur dan tidak menghiburkan
Tanpa ilmu, iman dan akhlak, mereka tidak lurus bahkan akan membengkok
Itulah akibatnya andai wanita tidak kenal akan Penciptanya

Bila wanita derhaka, lelaki akan huru hara
Lelaki pula janganlah mengharapkan ketaatan,
tapi binalah kepimpinan

Pastikan sebelum memimpin wanita menuju ilahi,
pimpinlah diri sendiri kepadaNya
Jinakkanlah diri pada Allah
nescaya akan jinaklah segala-galanya di bawah pimpinanmu




Janganlah mengharap isteri semulia

Fatimah Az-Zahra


Andai peribadimu tidak sehebat

Saidina Ali Karrammallahuwajahah.




p/s : isk isk isk. saya terharu. sungguh. saya terharu. =')

2 comments:

jejaka anggun said...

ha? karamsinghwalia?

Syareena Rahmat said...

tak tak bukan karan singh walia. bukan bukan dia. =_='

Back to Top