Aku Cinta Dia - Sharifah Abu Salem.




SEBENAR-BENAR CINTA


Cinta kepada ALLAH sangat berbeza segala-galanya.
Saat cinta kepada manusia membawa kesedihan, hanya cinta kepada ALLAH membawa kedamaian.
Saat cinta insan membawa kehancuran, hanya kepada ALLAH membawa kebahagiaan.
Sebaliknya, cinta kepada ALLAH adalah sebenar-benar cinta hakiki yang pasti membawa bahagia tika di dunia dan akhirat kelak.

Kerana itulah apabila kekuatan cinta kepada ALLAH melebihi segala-galanya, manusia tidak akan takut untuk berdepan dengan kegagalan cinta sesama insan.
Dan kecintaan yang mendalam kepada ALLAH tidak akan membuatkan seseorang itu terburu-buru untuk melafazkan kata cintanya kepada orang yang tersayang.


AKU CINTA DIA lahir dari kesedaran bahawa cinta kepada ALLAH adalah sebaik-baik cinta yang harus dimiliki manusia.
Namun, kadang kala kesedaran ini sukar diterjemahkan dalam ayat biasa, lantas golongan remaja terutamanya, gagal untuk memahami pengertian cinta kepada ALLAH itu sebenarnya.
Cinta kepada insan lebih kepada sesuatu yang melalaikan, sedangkan cinta kepada ALLAH bakal memberi ketenangan, kedamaian dan kebahagiaan.

Namun, tidak dapat dinafikan bahawa setiap insan memiliki perasaan cinta yang amat indah, ingin mencintai dan dicintai dan mahu cinta mereka diakhiri dengan perkahwinan.

Tetapi cinta yang indah itu kadang kala sangat menakutkan.
Kerana kegagalan cinta menjadikan insan merana dan berasa hidup sudah tidak bermakna.
Maka, jadilah cinta itu sebagai kepahitan yang begitu mengecewakan dan menyakitkan perasaan.

Melalui novel ini, pengertian CINTA itu akan lebih difahami oleh setiap pembaca.
Tidak ada cinta yang lebih agung selain cinta kepada ALLAH dan Rasul-NYA.
Maka, apabila anda bercinta, janganlah cinta itu melebihi cinta kepada ALLAH dan Rasul-NYA.

Semoga novel ini dapat membuka satu lagi dimensi baru dalam kehidupan anda yang sedang mencari-cari satu pengertian cinta yang hakiki. Insya-ALLAH..

-Sharifah Abu Salem-


Words for Auntie Sharifah ;

Syabas lah auntie !
You did it!
Memang berkesan!
Terima Kasih kerana sudi menghasilkan novel yang sangat memberi kesedaran kepada pembaca remaja dan golongan yang masih tidak tahu apa itu erti cinta sejati dan hakiki.
Dan salah seorang pembaca yang sedar akan kelalaiannya ialah saya.
Thanks a lot!
Saya harap apa yang telah berubah ini akan kekal selama-lamanya.
Once again, THANK YOU SO MUCH ! :)



p/s ; ahhh. Demi ALLAH, bila aku baca novel ini, aku sangat mengingati seseorang yang pernah hadir walau sementara dalam hidup aku.
Aku sangat rindu dia. =')

1 comments:

Syiqa Rahmat said...

erk. ni yg aku nk tinggalkan buku true blood ni. isk.

pinjam bole????

=D

Back to Top