0

Hipokrit

Bagi sesetengah orang, menjadi hipokrit merupakan gaya hidupnya.
Bagi sesetengah orang, menjadi hipokrit adalah sesuatu yang bodoh.
Aku tidak tahu aku dalam kategori yang mana.
Tapi, apa yang aku tahu, aku menjadi hipokrot hanya untuk cuba menjaga hati orang-orang di sekeliling aku sehingga aku sudah terbiasa menjadi hipokrit.
Hmmm..
Entah lahh..

Aku menjadi hipokrit untuk menghadiahkan kegembiraan pada orang tersayang.
Aku menjadi hipokrit untuk mengawal keadaan.
Aku menjadi hipokrit untuk tidak akibatkan kejadian yang tidak mahu jadi.
Aku menjadi hipokrit untuk menjaga hati yang tersayang.
Aku menjadi hipokrit, Aku menjadi hipokrit, Aku menjadi hipokrit!!
Aku menjadi hipokrit sehingga aku sendiri sudah penat untuk menjadi hipokrit lagi !

Aku penat apabila terpaksa berlagak suci dan baik dihadapan orang,
Sehingga menenggelamkan perasaan dan hormon aku untuk menjadi diri sendiri.
Aku penat apabila terpaksa berlagak tidak kisah,
Tetapi padahal nya aku sangat kisah!
Aku penat apabila aku terpaksa akur dengan kehendak seseorang,
Tetapi padahal nya aku tidak mahu melakukannya.
Aku sangat penat apabila aku terpaksa menyimpan perasaan,
Tetapi pada hakikatnya, tiada apa yang dia lakukan.

Arghhh!!
Semuanya disebabkan hipokrit!
Disebabkan hipokrit, aku menyimpan DENDAM!
Disebabkan hipokrit, aku membenci orang!
Disebabkan hipokrit, aku tidak mampu menjadi gadis yang baik.
Disebabkan hipokrit, aku hilang sifat setia kawan.
Disebabkan hipokrit, erghhh!!

Aku tidak mahu lagi menjadi hipokrit!
Sungguh! Sumpah! Aku dah penat!
Namun, aku tetap terpaksa menjadi hipokrit, pabila aku memikirkan wajah-wajah kesayangan aku apabila aku mula menjadi diri sendiri.
yaaa.

Diri aku yang sebenar.
aku seorang yang sangat pentingkan diri.
Sentiasa ingin menjadi yang terbaik,
Sentiasa mahu kelihatan baik di mata orang,
sentiasa mahu mendapatkan perhatian.

Ahhh.
Pedulikan lah dengan coretan ini.
hanya penambah duka.
hanya pembuka rahsia.
Biarlah kehidupan aku seperti ini.
biarlah kehidupan aku berlalu dengan situasi ini.
Biarkan aku hidup dengan hipokrit ku,
kerana dengan hipokrit ini, aku dapat melihat senyuman dan juga gelak tawa mereka..
Biarkan aku menjadi hipokrit walau hakikat nya, jauh di sudut hati aku, aku terguris..


Mama, ayah, kak long, mak, kawan-kawan semua, aku tak mampu menjadi diri aku sendiri.
aku tak mampu.
serious, aku tak mampu.
tolong aku?
tolong aku untuk menjadi diri sendiri?
tolonggg..




p/s ; I'm lost.

0 comments:

Back to Top